HIBURAN
Apa maksud tweet #blackout oleh hos Oscars Chris Rock?

Pihak produksi sudah bersedia jika hos Chris Rock akan menyentuh tentang isu #OscarsSoWhite pada malam penganugerahan.
Hanya tinggal sehari lagi sebelum berlangsungnya Anugerah Akademi ke-88, namun tweet terbaru hos majlis Chris Rock sudah menjadi tanda tanya.
“Jumpa anda pada Ahad,” tweet Rock pada Jumaat dengan hashtag #blackout dan #oscars.
Beliau turut memuat naik video berdurasi 15 saat menunjukkan paparan skrin televisyen tanpa sebarang siaran.
Tweet itu menerima 829 retweet dan 953 Likes setakat ini.
Para peminatnya berkata ia mungkin kejutan Rock sebagai hos majlis berprestij itu.
Rock akan menyentuh tentang isu #OscarsSoWhite pada malam penganugerahan.
Sebelum ini, pihak produksi sudah bersedia jika hos Menurut laporan Variety, Rock akan menyentuh tentang kegagalan pihak Akademi untuk iktiraf pelakon dan pengarah bukan berkulit putih sebagai monolog pembukaan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami