awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarif 19 peratus AS tidak jejas daya saing komoditi negara - Johari

Bernama
Bernama
02/08/2025
06:40 MYT
Tarif 19 peratus AS tidak jejas daya saing komoditi negara - Johari
Johari berkata, kadar itu juga masih kompetitif berbanding negara-negara ASEAN, termasuk Indonesia yang dikenakan tarif sama walaupun merupakan pengeluar minyak sawit terbesar dunia. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Kadar tarif 19 peratus yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) ke atas Malaysia tidak akan menjejaskan daya saing komoditi negara di pasaran antarabangsa, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Ringkasan AI
  • Amerika Syarikat mengenakan kadar tarif baharu sebanyak 19 peratus ke atas import dari Malaysia berkuat kuasa 1 Ogos 2025, lebih rendah daripada kadar asal 25 peratus. Barangan dalam transit diberi penangguhan tujuh hari untuk kurangkan kesan serta-merta.
  • Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyatakan kadar tarif itu masih kompetitif dan tidak menjejaskan daya saing komoditi Malaysia, termasuk minyak sawit, kerana Indonesia sebagai pengeluar utama turut dikenakan kadar sama.
  • Beliau menegaskan bahawa kadar tersebut adalah adil dan tidak memberi kesan besar kepada pasaran antarabangsa, dengan Malaysia kekal sebagai pengeluar kedua terbesar minyak sawit dunia selepas Indonesia.

Beliau berkata kadar itu juga masih kompetitif berbanding negara-negara ASEAN, termasuk Indonesia yang dikenakan tarif sama walaupun merupakan pengeluar minyak sawit terbesar dunia.
"Kalau tengok kelapa sawit, Indonesia (pengeluar) nombor satu dunia dan kita nombor dua. Indonesia pun kena tarif 19 peratus, sama seperti kita, kira okey dan ini maknanya adil," katanya ketika diminta mengulas sama ada tarif dikenakan AS itu boleh menjejaskan pasaran komoditi negara.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang di Dewan Muafakat Taman Mawar, Pasir Gudang pada pagi ini.
AS telah mengenakan kadar tarif pada kadar dikurangkan kepada 19 peratus ke atas import dari Malaysia, berkuat kuasa pada 1 Ogos, 2025.
Kadar tarif balas yang disemak semula itu adalah lebih rendah daripada kadar awal sebanyak 25 peratus.
Tarif yang berkuat kuasa selepas jam 12:01 pagi pada 1 Ogos, menyaksikan barangan sedang dalam transit diberikan tempoh penangguhan selama tujuh hari untuk mengurangkan kesan serta-merta terhadap rantaian bekalan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tarif AS
#Malaysia
#sawit
#JOHARI ABDUL GHANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan