Belum sampai 24 jam single terbaharu Datuk Seri Siti Nurhaliza dimuat naik ke semua pelantar digital, ada pula berita yang kurang sedap di dengar daripada penyanyi nombor satu negara itu.
Nampaknya lagu hasil ciptaan gandingan penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun bersama penulis liriknya, Ahmad Fedtri Yahya ini menerima nasib yang sama seperti lagu 7 Nasihat sebelum ini.
Menerusi perkongsian status Siti Nurhaliza di Instagram, beliau mengumumkan status lagu baharu berjudul Basyirah itu, kini boleh didapati di semua pelantar digital.
Siti Nurhaliza, bagaimanapun, memaklumkan kekecewaannya terhadap sikap beberapa individu yang tidak bertanggungjawab didapati cuba mengambil kesempatan dengan memuat naik lagu tersebut di laman YouTube peribadi mereka.
“Apalah ertinya khabar gembira atau Basyirah, jika masih ada dalam kalangan kita merasakan sesebuah karya itu boleh dirampas, dijadikan hak kepentingan diri, diperkotak-katikkan hak ciptaan.
“Kita tidak akan menang atau menjadi nombor satu dengan sifat rakus memuat naik dan menyebarkan lagu yang tidak sampai sejam pun dilancarkan dengan cara ilegal,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi kenyataan media dibuat pada Jumaat, beliau berkata selain tertarik dengan melodinya yang mempunyai unsur Timur Tengah, beliau berhasrat untuk menjadikannya sebagai single sempena bulan Ramadan ini.
Jelasnya, lagu tersebut merupakan satu metafora terhadap situasi yang dialami dunia hari ini yang sedang berdepan dengan penularan wabak COVID-19.
"Lagu ini juga menterjemahkan sebuah harapan bahawa satu hari nanti akan ada khabar gembira buat Malaysia untuk segera terhindar dari pandemik ini.
"Siti juga mengharapkan Basyirah mampu memberikan semangat kepada seluruh warga dunia yang menghadapi wabak dan juga petugas barisan hadapan yang berkorban sepenuh jiwa menjaga keselamatan negara," jelasnya.
Sementara itu, Pengurus Promosi Bahagian Domestik Universal Music, Anne Mukhtar memaklumkan lirik video Basyirah akan ditayangkan di laman YouTube rasmi penyanyi itu pada hari ini, Jumaat pukul 3 petang.
"Pada sebelah malam pula, Datuk Siti akan muncul dalam siaran langsung di Instagramnya bersama Hafiz Hamidun dan Ahmad Fedtri Yahya pada pukul 9 malam. Selain itu, beliau juga akan melancarkan #7nasihatchallenge di Tik Tok pada 11 Mei ini.
"Sempena pelancaran lagu ini di Joox pada 15 Mei ini, beliau turut mengundang peminat untuk berkaroke dengannya di Joox Karaoke," katanya.
Bagi anda yang ingin mendengarkan lagu terbaharu daripada buah hati rakyat Malaysia ini, anda sudah boleh mendengarnya di Spotify, Joox, dan Apple iTunes.
Najmi Syahiran Mamat
Fri May 08 2020

Siti Nurhaliza mengumumkan status lagu baharu berjudul Basyirah itu, kini boleh didapati di semua pelantar digital. - Gambar Universal Music Malaysia

Peminat dikejutkan kehadiran Lady Gaga di medan selera Singapura
Lady Gaga, yang berpakaian serba hitam termasuk bodysuit, cermin mata hitam Prada, dan but platform dilihat bersama rombongannya menikmati pelbagai hidangan tempatan.
Wan Azizah yakin PKR mampu tawan Kelantan
Wan Azizah tegaskan potensi PKR menawan Kelantan bergantung pada semangat anak muda, integriti ahli, dan komitmen memperkukuh parti di peringkat akar umbi.

Edry KRU beli semula album sendiri
Edry KRU berkongsi keterujaan apabila terjumpa semula album KRU iaitu reKRUed yang dilancarkan pada tahun 1993, Awas! (1994) dan album kompilasi Krumania (1997).
UK hentikan rundingan perdagangan, EU pertimbang langkah serupa keatas Israel
Ikuti ulasan Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS), UUM, Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban mengenai tindakan United Kingdom yang menhentikan seketika rundingan perdagangan bebas dengan Israel dan kenyataan Kesatuan Eropah (EU) yang mempertimbangkan tindakan sama.
Tun Ahmadshah pemimpin prihatin kepada rakyat & negeri - Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga yang dipertua Negeri Sabah Kesembilan Tun Ahmadshah Abdullah yang meninggal dunia di sebuah hospital swasta di kota kinabalu semalam.

LIMA'25: Malaysia perkukuh keselamatan maritim dengan teknologi pengawasan canggih
Malaysia akan meningkatkan pelaburan dalam teknologi pengawasan canggih bagi memperkukuh keselamatan maritim negara.

Agong berkenan berangkat ke LIMA'25
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA' 25) hari ini.

Pickleball jadi pilihan Ikon Sukan Negara kembali ke gelanggang
Chan Peng Soon dan Mirnawan kini aktif dalam sukan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Di ambang kemuliaan atau kehancuran: Liga Europa jadi penentu nasib United
Satu-satunya laluan kejuaraan yang masih terbuka buat skuad kendalian Ruben Amorim, menamatkan kempen dengan menjulang trofi Liga Europa UEFA.
AS-Malaysia kukuh kerjasama pertahanan serantau
Amerika Syarikat dan Malaysia terus memperkukuh kerjasama dalam bidang pertahanan demi menghadapi cabaran keselamatan serantau dan menjamin kestabilan Indo-Pasifik.

NVIDIA pintas Apple sebagai syarikat kedua paling bernilai di dunia
Ketika ini, NVIDIA mempunyai nilai pasaran $3.302 trilion (RM 14.18 trilion).

Trump kritik Tim Cook kerana tingkatkan pengeluaran Apple di India
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump meningkatkan tekanan terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook, supaya memindahkan lebih banyak pengeluaran ke AS.

Apple iPhone, iPad dan Vision Pro kini boleh dikawal dengan implan otak
Synchron menjadi syarikat pertama menyokong format BCI Human Interface Device (BCI HID) Apple.

PlayStation Store tambah sokongan bayaran guna Apple Pay
Pengguna boleh memilih Apple Pay dan mengimbas kod QR dengan iPhone untuk pembayaran.

Apple hasrat integrasi sokongan enjin carian AI pada pelayar web Safari
Apple dijangka menerima bayaran sekitar $20 bilion setahun dalam menyertakan Google sebagai enjin carian utama pada pelayar web mereka.

Apple bangunkan cip khas untuk cermin mata pintar
Cip masih lagi berasaskan Apple Silicon tetapi dengan tumpuan diberikan kepada saiz, kuasa dan penggunaan kuasa.

Apple dilapor uji sistem Face ID bawah skrin untuk iPhone 18
Sistem ini juga dipercayai akan digunakan pada iPhone boleh lipat pertama Apple yang dijangka tiba dalam masa dua tahun.

Apple kemuka rayuan batal arahan benarkan pembayaran di luar App Store
Arahan ini menyebabkan Apple tidak lagi boleh mengambil potongan sehingga 30% ke atas semua pembayaran dalam aplikasi (IAP).

Nilai Microsoft kembali cecah $3 trilion
Saham Microsoft dan Apple menunjukkan trend positif minggu ini, dengan Microsoft meningkat hampir 8% selepas mengumumkan peningkatan harga produk Xbox.

Apple tanggung kenaikan kos $900 juta akibat tarif, produk akan diimport dari India dan Vietnam
Separuh iPhone untuk pasaran Amerika Syarikat akan diimport dari India, manakala produk lain dari Vietnam.