Ringkasan AI
- Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) akan mengadakan Konsert Amal Resonance for a Reason pada 9 November 2024 di Dewan Filharmonik PETRONAS, KLCC. Konsert ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat filantropi dan pembangunan modal insan.
- MPO berusaha memupuk apresiasi muzik dalam kalangan belia dan mempromosikan muzik klasikal serta tempatan. Konsert ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap program pembangunan bakat MPO yang menyokong bakat tempatan melalui pementoran dan bimbingan.
- Konsert ini akan menampilkan artis terkemuka seperti Datuk M Nasir, Datuk Sheila Majid, Misha Omar, Aina Abdul, dan Amir Jahari. Di bawah pimpinan Ahmad Muriz Che Rose, konsert ini juga akan menampilkan Orkestra Filharmonik Belia Malaysia.
Konsert istimewa ini bakal menyaksikan malam anda disulami alunan muzik yang indah di samping menyemarakkan semangat filantropi dan pembangunan modal insan bersama MPO.
Sebagai lambang kecemerlangan muzik di Malaysia, MPO bukan sahaja menampilkan ketinggian bakat pemuziknya tetapi lebih daripada itu; MPO mengambil tanggungjawab membentuk dan melatih bakat baharu dalam usaha membina masa depan yang lebih cerah bagi industri muzik di Malaysia melalui perkongsian ilmu dan kepakaran pemuziknya.
Matlamat MPO adalah untuk memupuk apresiasi muzik dalam kalangan belia dan mempromosikan muzik klasikal dan tempatan kepada semua lapisan masyarakat.
Menerusi Konsert Amal ini, MPO berharap dapat meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap program pembangunan bakat MPO dalam menyokong bakat tempatan menerusi pementoran dan bimbingan yang berterusan.
MPO menyeru orang ramai untuk terus menyokong kelestarian program pembangunan bakat ini supaya kita bersama-sama dapat memberi inspirasi dan mengubah landskap seni negara melalui kuasa muzik sebagai pemangkin kekayaan budaya.
Bakal menampilkan barisan artis terkemuka seperti Datuk M Nasir, Datuk Sheila Majid, Misha Omar, Aina Abdul dan Amir Jahari, konsert ini bakal menyaksikan MPO menonjolkan keunggulan artistiknya yang telah diketahui umum sejak penubuhannya pada 1998.
Di bawah pimpinan Ahmad Muriz Che Rose, konsert ini juga akan menampilkan bakat Orkestra Filharmonik Belia Malaysia (atau Malaysian Philharmonic Youth Orchestra), produk hasil daripada komitmen dan dedikasi MPO menyokong pemuzik tempatan.
Anda boleh menyalurkan sumbangan menerusi pembelian tiket berharga RM888, RM1188, RM1388, RM1588, RM1888 dan RM2588 melalui [email protected].
Sebagai penonton, anda tidak hanya disajikan dengan kehebatan alunan muzik di pentas DFP tetapi juga menjadi sebahagian daripada sebuah inisiatif bermakna untuk masa depan industri muzik negara. -Gempak