BANGKOK: Karya terbitan Astro berjaya merangkul lima anugerah pada ContentAsia Award ke-4 di Bangkok pada Khamis.

Astro membawa pulang dua anugerah perak dan tiga gangsa menerusi kandungan premiumnya.

Kejayaan itu membuktikan Astro mampu menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan jalan cerita penuh santai.

Antara karya yang berjaya memabawa pulang anugerah ialah drama Liar, adaptasi format TV (Skrip) terbaik di Asia, yang merangkul anugerah perak.

Turut membawa pulang anugerah perak ialah pelakon Naim Daniel menerusi Projek High Council dalam kategori pelakon pembantu lelaki terbaik.

Selain itu, program bual bicara terbaik Asia, Next To Neelofa musim kedua, Lagenda Puteri Qaseh untuk program TV kanak-kanak terbaik Asia serta Lebai Sampan bagi filem dan telemovie terbaik Asia masing-masing membawa pulang gangsa.

Anugerah tersebut mengetengahkan kandungan dan pencapaian bakat dari pelbagai platform di seluruh rantau Asia.