awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Papa Zola The Movie guna dialek negeri tarik penonton ke pawagam
Kejayaan PSIS di SIIF 2025 bukti TVET bukan lagi pilihan kedua - Zambry
Thailand, Kemboja setuju gencatan senjata serta-merta mulai tengah hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Cukuplah hanya ada satu kes 1MDB dalam sejarah negara kita" - Rafizi

Seth Akmal
Seth Akmal
27/12/2025
03:00 MYT
"Cukuplah hanya ada satu kes 1MDB dalam sejarah negara kita" - Rafizi
Menurut Rafizi: "Jangan sesekali kita benarkan perkara yang sama berulang pada masa hadapan." - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan tohmahan tidak berasas melibatkan keputusan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Jumaat.
Kata Rafizi, dalam masa sama, ada baiknya semua pihak mengelak daripada melemparkan tuduhan tidak berasas atau tanpa merujuk kepada hujah penghakiman.
"Sudah tentu pandangan kita itu adalah hak kita, tetapi pandangan kita wajar disandarkan kepada tanggungjawab kita juga.
"Tanggungjawab sebagai rakyat, dalam menilai perkembangan kes ini sama ada bersetuju atau tidak, perlulah di dalam garis undang-undang.
"Jadi sebaiknya kita teliti hujah penuh penghakiman YA Dato’ Collin Sequerah apabila ia dikeluarkan. Elakkan apa-apa tuduhan yang tidak berasaskan atau merujuk kepada hujah penghakiman itu kerana ia boleh melanggar undang-undang dan menghina mahkamah.
"Tanggungjawab sebagai seorang insan, dalam kita menilai kes ini, wajarlah kita menghadam keseluruhan maklumat. Gunakan akal, kewarasan dan hati nurani kita," kata Ahli Parlimen Pandan ini dalam hantaran di akaun media sosial beliau.
Rafizi berkata demikian susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mendapati bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah menggunakan kedudukan bagi memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion membabitkan dana 1MDB.
Pada masa sama, kata Rafizi, beliau memahami emosi bercampur baur dalam kalangan masyarakat mengenai keputusan tersebut namun menegaskan agar tanggungjawab rakyat untuk menegur isu salah laku wajar diteruskan.
“Damailah kita dengan emosi. Itu yang penting, jangan sesekali kita benarkan perkara yang sama berulang di masa hadapan.
“Dan jika kita perlu terus menegur walau rimas macam manapun, kita wajib terus bersuara kerana cukuplah ada hanya satu 1MDB dalam sejarah kita,” katanya lagi.
Pada Jumaat, Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Collin Lawrence Sequera, menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.38 bilion ke atas Najib.
Bekas Perdana Menteri itu dikenakan hukuman 15 tahun penjara bagi setiap empat pertuduhan salah guna kuasa dan lima tahun bagi setiap pertuduhan pengubahan wang haram, dengan semua hukuman dijalankan serentak selepas selesai hukuman berkaitan kes SRC International.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Rafizi Ramli
#Mahkamah Tinggi
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan