[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
ENTERTAINMENT

Avengers: Endgame, rakyat Malaysia ke pawagam seawal 6.30 pagi

Afiq Ariffin 23/04/2019 | 23:55 MYT
Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai waktu tayangan terawal bagi filem adiwira itu. - Foto MARVEL
Rakyat Malaysia berduyun-duyun ke pawagam seawal 6.30 pagi hanya untuk menjadi orang terawal menonton filem adiwira Marvel, Avengers: Endgame.
Filem yang dibintangi Robert Downey Jr, Chris Evans, Chris Hemsworth dan beberapa pelakon hebat itu mula ditayangkan pada hari ini di Malaysia.
Menurut beberapa muat naik yang dibuat di laman Twitter, ramai pengunjung mula menghadirkan diri sejak awal pagi.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Rata-rata peminat di laman sosial memberi respon pelbagai mengenai tayangan filem Avengers Endgame itu.
Ada yang teruja, malah, ada yang pelik kerana ramai rakyat Malaysia keluar sejak awal pagi bagi menonton filem tersebut.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai waktu tayangan terawal bagi filem adiwira itu.
Sebelum ini, beberapa klip pendek dari filem terakhir bagi siri "Avengers" itu mula berlegar di media sosial sejak minggu lalu.
Hampa dengan apa yang terjadi, pengarah "Avengers: Endgame", adik beradik Russo menyeru agar orang ramai tidak terus menyebarkan klip tersebut.
BACA: Avengers: Endgame bocor? Jangan 'spoil' penantian peminat
BACA: Sebulan menjelang Endgame, watak Valkyrie kembali
LIHAT: [INFOGRAFIK] Filem MCU mengikut garis masa menuju 'Avengers: Endgame'
#Avengers #Endgame #filem #media sosial #movie #rakyat #rakyat Malaysia #Twitter