Ayah diserang strok, Tomok minta peminat turut berdoa

Gempak
Disember 4, 2017 10:00 MYT
Perkhabaran itu disampaikan menerusi kemas kini akaun Instagram (IG) miliknya, @tomokofficial sebentar tadi. - Foto Instagram @tomokofficial
PENYANYI Tomok memohon peminat berdoa bersamanya agar ayahnya disembuhkan daripada kesakitan dialaminya.
Ayah Tomok telah dimasukkan ke hospital akibat serangan strok.
Perkhabaran itu disampaikan menerusi kemas kini akaun Instagram (IG) miliknya, @tomokofficial sebentar tadi.
"Ayah saya kena strok pada 13hb yang lepas menyebabkan sebelah kanan badan hingga kaki dia tidak boleh bergerak.
"Percakapan juga terganggu. Saya minta doa sahabat semua semoga di permudahkan segalanya untuk ayah saya.
"Kalau ada info apa-apa tentang proses rawatan strok boleh bagi tau saya dan kami akan iktiar semampu boleh," tulisnya.
#artis #ayah #Instagram #sakit #strok #Tomok #tomokofficial