BERDIAM diri tanpa melakukan apa-apa kerja bukanlah sifat personaliti tersohor negara, Datuk Aznil Nawawi.
Sekalipun, beliau tidak lagi kerap muncul di kaca televisyen mengendalikan program atau bersiaran di radio sebagai penyampai, namun, percaya atau tidak, jadual hariannya sangat padat.
Kerja-kerja kemasyarakatan yang kebanyakannya dilakukan secara diam-diam antara yang menjadi tumpuan selebriti yang mesra disapa sebagai Pak Nil ini.
Yayasan Pesona yang diasaskannya sejak dua tahun lalu membuatkan otaknya sentiasa ligat mencari idea mendekati generasi muda bagi membangunkan sahsiah dan keyakinan diri mereka.
Berkat kerjasama dengan Kementerian Pendidikan misalnya, Pak Nil sudah mendekati ribuan pelajar sekolah rendah dan menengah menerusi jelajah seluruh negara berkongsi ilmu dan pengalaman membentuk personaliti yang menawan.
Sekalipun, masih terikat dengan kerja-kerja kebajikan lain, anak seni kelahiran Kuala Lumpur itu masih memperuntukkan waktu untuk bersama-sama pihak berwajib mencari cara untuk membanteras isu buli siber.
Bukan dengan cara berkempen atau memberi ucapan, sebaliknya, berteraskan cinta dan minat pada bidang nyanyian, Pak Nil merakamkam sebuah lagu yag mesejnya mencegah jenayah itu.
Selepas lebih sedekad tidak merakamkan sebarang lagu, Pak Nil menjadikan tahun 2020 sebagai masa terbaik untuk menggunakan pengaruh dan kedudukannya menyampaikan mesej menerusi sebuah karya istimewa berjudul Apo.
Single Apo yang dilancarkan pada 10 Julai lalu berkisarkan buli siber ciptaan Archie Nasution dan Reza Ramsay. Liriknya pula merupakan buah fikiran daripada personaliti itu sendiri.
Apo adalah manifestasi beliau terhadap masalah sosial yang sepatutnya menjadi kebimbangan semua pihak.
“Saya bimbang melihat isu buli siber terus bermaharajela dunia media sosial tiada kawalan. "Warganet dan wira papan kekunci bebas melontarkan kata nista dan kecaman. Begitu juga seperti ejekan tubuh, rasis, mempersenda agama, politik dan macam hal lagi. Saya sangat-sangat bimbang,” katanya berkongsi rasa mengenai isu berkenaan.
Kerana itu, Apo yang inisiatif penerbitannya berteraskan tanggungjawab sosial dan diterbitkan oleh Yayasan Pesona bersama Scifi Record dan Sony Music itu diharapkan setidak-tidaknya menjentik kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia.
"Saya berharap lagu ini membuka mata agensi berkaitan atau kementerian untuk menjalinkan kerjasama dalam usaha mengangkat isu buli siber," kata Pak Nil yang kini aktif mengadakan promosi single Apo.
Terharu dengan restu Raja Permaisuri Agong
Single Apo ini juga, disifatkan Pak Nil terlalu istimewa buatnya kerana dalam lirik lagu berkenaan turut dimuatkan petikan nama akaun Twitter, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di bawah nama Che Minah Sayang yang pernah digunakan baginda sebelum ini.
"Saya ada menghantar mesej kepada baginda dalam Instagram (IG) dan memaklumkan meletakkan nama akaun Twitter baginda dalam lirik lagu ini. Saya mahu minta perkenan baginda.
"Selepas mendapat balasan nombor untuk dihubungi, saya menelefon baginda. Saya turut melakukan dengan cara protokol dengan menulis surat dan memohon perkenan Istana Negara.
"Alhamdulillah, baginda secara peribadi mengizinkannya. Saya gementar sampai menggigil sebab nak bercakap dengan baginda dalam telefon. Bayangkan, boleh tersasul sekejap bahasakan diri sebagai patik, sekejap saya," kata Pak Nil berkongsi pengalaman terindah dalam kerjaya seninya yang sudah mencecah usia lebih tiga dekad.
Apo secara peribadi, tegas Pak Nil, tidak bermaksud tanda kemunculan semulanya dalam bidang nyanyian.
Sebaliknya, penghasilan single ini lebih kepada rasa tanggungjawabnya sebagai anak Malaysia.
"Saya tak anggap single Apo sebagai 'comeback' dalam dunia nyanyian. Saya bukan penyanyi serius. Saya penyanyi yang 'fun' dan santai. Lagu ini lebih kepada tanggungjawab,” kata Pak Nil lagi.
Saharudin Musthafa
Sun Jul 12 2020
Aznil Nawawi kembali dengan single Apo selepas lebih 10 tahun tidak merakamkan sebarang lagu.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Kartunis Petai meninggal dunia akibat sesak nafas
Allahyarham yang pernah popular dengan karya-karya hebatnya di majalah humor Ujang meninggal dunia pada usia 49 tahun di Hospital Serdang.
Aznil ketengah isu buli siber menerusi Apo
Single Apo ajak masyarakat untuk sama-sama bantu pihak berwajib banteras jenayah buli siber.