awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: "Lumpur tebal sampai paras lutut" - Khairulaming, Azfarheri bergabung cuci rumah mangsa

Gempak
Gempak
22/12/2021
13:07 MYT
Banjir: "Lumpur tebal sampai paras lutut" - Khairulaming, Azfarheri bergabung cuci rumah mangsa
Bersama kapsyen yang ditulis, Azfarheri berkongsi beberapa siri foto keadaan kediaman yang rosak dan barangan yang musnah akibat bencana alam yang tidak diduga itu. - Foto Astro GEMPAK
PADA saat ramai sukarelawan membantu meringankan beban mangsa banjir di sekitar ibu kota, dua orang influencer terkenal negara, Khairulaming dan Azfarheri juga tidak mahu ketinggalan menghulurkan bantuan.
Menerusi tinjauan Gempak di akaun Instagram Azfarheri, influencer yang memiliki 1.2 juta pengikut itu berkongsi kegiatannya membantu membersihkan kediaman mangsa banjir yang disaluti lumpur tebal pasca air surut.
Semalam Azfarheri dan Khairulaming berada di Bentong, Pahang, salah satu kawasan yang terjejas teruk dengan banjir lumpur.
“Hari ini kita orang start cuci dua rumah dekat Bentong. Sini situasi teruk dan masih tidak ada elektrik. Ada rumah yang total loss,” tulisnya dalam ruangan kapsyen.
Bersama kapsyen yang ditulis, Azfarheri berkongsi beberapa siri foto keadaan kediaman yang rosak dan barangan yang musnah akibat bencana alam yang tidak diduga itu.
Azfarheri kemudian dilihat menulis: “Lumpur tebal gila sampai lutut sebab air naik sampai bumbung, nak kemas tu memang makan masa.
“Jadi kita orang decided akan datang lagi dan bawa team untuk bantu dan cuci sekali. Love kerjasama gitu.”
Untuk rekod, selain Bentong, daerah lain di Pahang yang dilanda banjir adalah Raub, Lipis, Jerantut, Temerloh, Bera, Maran, Kuantan dan Pekan.
Artike asal ini diterbitkan di portal Astro Gempak
Topic Berkaitan
#bencana banjir 2021
#Khairulaming
#Azfarheri
#mangsa banjir 2021
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan