awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa disahkan positif COVID-19, Rihanna hantar alat bantuan pernafasan

Gempak
Gempak
20/04/2020
12:00 MYT
Bapa disahkan positif COVID-19, Rihanna hantar alat bantuan pernafasan
Ronald turut menasihati orang ramai agar duduk di rumah dan jaga kesihatan diri.
BAPA kepada penyanyi popular Rihanna disahkan positif COVID-19.
Memetik laporan The Sun UK, Ronald Fenty, 66, yang kini menetap di rumah keluarga mereka di Barbados berada dalam keadaan stabil.
Demi memastikan kesihatan Ronald sembuh, Rihanna atau nama sebenarnya Robyn Rihanna Fenty telah menghantar sebuah ventilator atau alat bantuan pernafasan untuk kegunaan ayahnya.
“Secara jujurnya, saya sangkakan saya akan meninggal dunia.
“Anak saya memeriksa dan bertanya khabar saya setiap hari. I love you so much, Robyn. Banyak yang dia telah lakukan pada saya. Saya sangat hargainya,” kata Ronald.
Tambah Ronald lagi, dia mula menyedari kesihatan dirinya merosot apabila terkena demam.
Ronald turut menasihati orang ramai agar duduk di rumah dan jaga kesihatan diri.
“Saya mahu menyampaikan mesej yang penting kepada semua orang. Saya seru agar semua orang duduk di rumah.
Situasi sekarang sangat serius daripada apa yang anda semua bayangkan, jadi tolonglah jangan keluar suka-suka hati,” ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#bapa rihanna
#COVID-19
#positif COVID-19
#Rihanna
#selebriti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan