SELEPAS hampir dua minggu sah bercerai dengan Bella Astillah, pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila memberi bayangan seolah mahu kembali rujuk dengan bekas isterinya itu.
Walaupun tidak menyebut nama wanita yang dimaksudkan, ramai yang meneka bahawa status yang dimuat naik Aliff di laman Twitter pada 27 Mei lalu ditujukan kepada Bella.
"Ya Allah satukanlah jodoh kami. Seandainya dia bukan jodohku, jadikanlah aku jodohnya," tulis Aliff di entri tersebut, pada Isnin.
Bagaimanapun, semakan di laman sosial penyanyi lagu Sayang Sayang itu mendapati status "luahan perasaan" tersebut tidak lagi ditemui dipercayai telah dipadam oleh Aliff.
Sebelum status tersebut dimuat naik, Aliff terlebih dahulu mengemaskini laman Instagram beliau - meluahkan perasaan rindu terhadap anak tunggalnya, Mohamad Ayden Adrean.
Namun, segelintir pengikut Instagram Aliff dilihat memberi kata-kata semangat kepadanya, selain mendoakan semoga pemuda itu kekal tabah.
Sementara Harian Metro melaporkan Bella, 25, enggan mengulas mengenai status dimuat naik bekas suaminya itu.
“Kalau boleh saya tak nak ulas apa-apa sebab baru lagi bercerai. Banyak hati kena jaga. Nanti orang ingat saya tak henti bagi kenyataan. Lagipun status di Twitter itu belum tentu untuk saya,” kata pemilik nama sebenar Dayang Nabellah Awang Astillah itu.
BACA: Aliff Aziz buat hal lagi? Foto 'curang' mirip suami Bella Astillah tersebar
Aliff dan Bella bercerai talak satu pada 16 Mei di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur lalu selepas kontroversi mendakwa penyanyi kelahiran Singapura itu didapati curang dengan remaja berusia 17 tahun.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia dua tahun.
Hasimi Muhamad
Wed May 29 2019

Aliff dan Bella bercerai talak satu pada 16 Mei di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur lalu selepas kontroversi mendakwa penyanyi kelahiran Singapura itu didapati curang dengan remaja berusia 17 tahun. GAMBAR Instagram @aliffaziz91 @bellaastillah

Tiada aktiviti pembalakan pada musim tengkujuh - Perhutanan Kelantan
Jabatan Perhutanan Kelantan mengesahkan tiada aktiviti penerokaan tanah dan pembalakkan pada musim tengkujuh dan banjir baru-baru ini.

Kerajaan Jepun akan batal Sukan Olimpik akibat COVID-19 - Laporan
Katanya, tumpuan kerajaan Jepun ketika ini ialah untuk mendapatkan slot pada tahun 2032 untuk sukan tersebut.

AWANI Ringkas: PdPR: Kerajaan perlu pertingkat jaringan internet | PdPR: Apa rasional terbaik?

Kajian Ipsos: Menangani tahap keresahan rakyat Malaysia
Bagi membincangkan mengenai perkara ini kita bersama dengan Pakar Perunding Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Dr Amer Siddiq Amer Nordin.

PdPR: Capaian internet luar bandar perlu dipertingkat
Kerajaan digesa untuk mempertingkatkan keupayaan internet di luar bandar sebelum melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah, PdPR. Akses internet lemah, akan jadi kekangan seterusnya menjejaskan pembelajaran mereka.

COVID-19: Dubai larang pembedahan tidak penting, aktiviti hiburan
Penangguhan sementara yang berkuat kuasa mulai 12 tengah malam Khamis adalah bagi memberi keutamaan kepada rawatan pesakit COVID-19.

Niaga AWANI: Strategi dan peluang pelaburan dalam pasaran China
Di sebalik angka ini, UOB asset management percaya wujud peluang yang besar dalam pelaburan jangka panjang dalam syarikat terpilih dalam ekonomi baru di China. Ini melihat kepada kuasa membeli rakyat China yang semakin meningkat dan sokongan yang diberikan kepada 10 industri utama yang dikenal pasti dalam pelan ‘Made In China 2025’ Saksikan rakaman temubual saya bersama Ketua Pegawai Eksekutif Uobam (Malaysia), Lim Suet Ling

Niaga AWANI: Strategi sektor kewangan depani cabaran 2021
Kita ingin membincangkan kesan dan strategi PKP ini kepada ahli Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) bersama Timbalan Pengerusi Azizi Mustafa.

COVID-19: Britain umum denda hadirin parti sosial di rumah
Britain mengumumkan penalti lebih tinggi terhadap individu yang ingkar arahan berkaitan sekatan pergerakan.

AWANI Ringkas: Pelan Dasar Digital ASEAN dilancar hari ini | Ipsos: Rakyat Malaysia paling resah ketika pandemik

'Masa dalam iddah tak perlu kahwin semula' - Bella Astillah dan Aliff Aziz rujuk, kini hamil anak kedua
Alhamdulillah ..

"Tolong jangan buat perangai lagi!" - Doa netizen buat Aliff Aziz, Bella Astillah
Semoga rumah tangga Aliff dan Bella kembali bahagia.

Tunjuk alat sulit dan bertengkar, Aliff Aziz buat hal lagi
Aksi Aliff kelihatan seperti sedang 'bertengkar' dan tunjuk alat sulit terhadap beberapa lelaki lain dirakam dan disebarkan di laman sosial.

Jodoh tak panjang! Ini ikatan perkahwinan selebriti yang terlerai sepanjang 2019
Andai tiada jodoh, maka ternoktahlah ikatan yang dibina tidak kira berpuluh-puluh tahun sekali pun. Tahun 2019 menyaksikan beberapa perkahwinan pasangan selebriti yang berkecai.

Buat IG Live dengan Aliff Aziz, ini alasan Bella Astilah
Baca dulu penjelasan Bella...

Penyanyi Aliff Aziz didakwa di mahkamah Singapura
Penyanyi dan pelakon terkenal, Aliff Aziz didakwa di mahkamah Singapura pada Selasa atas tuduhan mencuri.

"Tak baik berdendam, hidup tak tenang" - Bella Astillah pegang kata-kata bapa
Betul tu!

Kata akhir Aliff Aziz andai hari terakhir
Aliff meluahkan isi hatinya apabila ditanya oleh Ustaz Ebit dalam satu temu bual eksklusif di kediaman Aliff di Singapura dan rakaman video itu telah dikongsi menerusi YouTube.

"Saya okey sahaja jangan risau" - Bella Astillah dimasukkan ke hospital
Cepat sembuh...

Aliff Aziz guna inai cacah tatu di badan - Bella Astillah
Bella Astillah menjelaskan, bekas suaminya itu menggunakan inai untuk mencacah tatu di badan.