Gitaris Ghani Abdul Karim yang pernah membarisi kumpulan popular 80-an, Freedom meninggal dunia di kediamannya di Nusajaya, Johor Bahru malam tadi.
Ghan, 61 menghembuskan nafas terakhirnya di Johor Bahru selepas waktu Maghrib.
Portal Berita Harian hari ini melaporkan Ghani meninggal dunia selepas mengalami pening dan muntah.
Adik perempuannya dipetik sebagai berkata abangnya mengalami tekanan darah tinggi namun terkawal.
Bersama kumpulan Freedom, Ghani mengeluarkan tiga album termasuk Mulanya Di Sini (1987), Kau Yang Memungkinkannya (1988) dan Cinta Ciptaan Kita (1989).
Selepas meninggalkan Freedom, beliau menyertai kumpulan Heavy Machine.
Beliau juga turut sinonim dengan penglibatan bersama kumpulan alternatif, Gan's Shot.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.
Astro Awani
Mon May 30 2016
Bersama Freedom, Abdul Gani pernah melancarkan tiga buah album termasuk 'Mulanya Di Sini'. - Sumber foto FebiansTV
Tak tinggal sebumbung, Nora Danish akui rumah tangga bergolak
Nora mengakui rumah tangga yang dibina tujuh tahun lalu goyah, namun mereka berdua sedang berusaha untuk menangani kemelut tersebut.
Penolong pegawai perubatan didenda RM3,000 terima rasuah urus jenazah
Seorang penolong pegawai perubatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh didenda RM3,000 kerana menerima rasuah berkaitan kerja pengurusan jenazah.
KBS laksana kajian impak penganjuran Sukan SEA 2027
Mesyuarat mengenai perkara itu masih berjalan dengan penglibatan pelbagai pihak bagi mengenal pasti kelebihan dan kekurangan.
19 individu ditahan dipercayai terbabit sindiket pelaburan palsu
Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan tujuh wanita tempatan serta empat lelaki warga asing berusia antara 16 hingga 38 tahun.
[TERKINI] Selamatkan Gaza: Dialog dua Perdana Menteri di Mesyuarat Khas WEF Arab Saudi
Tiga PM iaitu PM Palestin, Jordan dan Mesir serta wakil PBB di Gaza duduk sepentas berdialog secara langsung mencari formula menyelamatkan Gaza yang menjadi pusat graviti kepada kestabilan rantau Asia Barat.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak - Azalina
Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
Piala Asia B-23: Indonesia tekad roboh benteng kebal Uzbekistan
Bintang skuad Garuda Muda, Witan Sulaeman, teruja dengan peluang untuk melakar lebih banyak sejarah ketika membuat persiapan menghadapi aksi separuh akhir PIala Asia B-23 malam ini.
Airbus RACER helikopter terpantas dunia?
Ketika masih dikenali sebagai pesawat eksperimen X3, ia memegang rekod sebagai helikopter terpantas dengan kelajuan mencecah 472 km/j.
AWANI Ringkas: Letupan bom di Thailand | Hadapi dua pertuduhan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mesyuarat Khas WEF: Tekanan politik dalaman punca Israel ‘menggila’ - PM Jordan, Mesir
Kedua-dua perdana menteri negara Asia Barat itu setuju serangan ketenteraan di Rafah hanya akan memburukkan keadaan yang sudah sedia meruncing.