awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SUKAN
Piala Negara-Negara FIH Wanita 2: Impian Malaysia ke separuh akhir lebur
MALAYSIA
Monsun Barat Daya: Bomba Johor pantau 42 lokasi titik panas
MALAYSIA
Sindiket cetak pelekat palsu imigresen tumpas, lelaki warga Pakistan ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ENTERTAINMENT

Bekas isteri kedua Adi Putra dihadapkan ke mahkamah

Bernama
Bernama
14/07/2017
08:24 MYT
Bekas isteri kedua Adi Putra dihadapkan ke mahkamah
Norshahida Zolkifly, 34, (kanan) yang juga bekas pegawai Jabatan Imigresen Malaysia bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan. - Foto Instagram
Bekas isteri kedua pelakon Adi Putra dihadapkan ke Mahkamah Masjistret Seremban di sini hari ini atas pertuduhan melanggar syarat sebagai orang pengawasan polis.
Norshahida Zolkifly, 34, yang juga bekas pegawai Jabatan Imigresen Malaysia bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Nurul Fitriza Ab Latif.
Mengikut pertuduhan, Norshahida didakwa melanggar syarat sebagai orang pengawasan polis dengan meninggalkan kawasan pekan Nilai tanpa kebenaran.
Kesalahan itu dilakukan pada 6 Julai lalu kira-kira pukul 3 petang di Silka Maytower Hotel dan Serviced Residences Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(4) Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan tidak melebihi 10 tahun, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Soo Kok Weng manakala tertuduh diwakili peguam Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris.
Mahkamah membenarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan tertuduh mematuhi perintah pengawasan sedia ada.
Majistret menetapkan 14 Ogos ini untuk sebutan semula kes.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Adi Putra
#bekas isteri kedua
#Mahkamah Masjistret Seremban
#Norshahida Zolkifly
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami