awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas penyanyi XPDC mengaku tidak bersalah miliki dadah

Bernama
Bernama
18/04/2016
14:52 MYT
Bekas penyanyi XPDC mengaku tidak bersalah miliki dadah
Bekas penyanyi kumpulan rock XPDC, Mael (gambar) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan memiliki dadah, Mac lepas. -Gambar fail
Bekas penyanyi kumpulan rock terkenal XPDC, Mael atau nama sebenarnya, Syed Ismail Syed Ibrahim, 48, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas dua pertuduhan memiliki dadah, Mac lepas.
Turut mengaku tidak bersalah adalah dua rakannya, Hafiszudin Mokhtar, 31, dan Razali Shapie, 43.
Seorang lagi rakan mereka, Chairil Anwar Yaacob, 29, pula mengaku bersalah di atas pertuduhan pindaan itu dan dijatuhi hukuman penjara 10 bulan bagi pertuduhan pertama dan penjara sembilan bulan bagi pertuduhan kedua, dari tarikh tangkapan pada 7 Mac 2016.
Mengikut pertuduhan pindaan itu, kesemua tertuduh didakwa bersama-sama memiliki dadah jenis heroin seberat 0.46 gram dan jenis Monoacetylmorphines seberat 0.06 gram di sebuah rumah beralamat RS 38, Jalan Kim Kee di sini, kira-kira 4 petang, 7 Mac 2016.
Kesemua mereka dituduh mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, yang memperuntukkan hukuman maksimum denda RM100,000 atau maksimum penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Majistret Muhammad Hidayat Wahab membenarkan jaminan RM8,500 setiap seorang dengan dua penjamin terhadap kesemua tertuduh dan menetapkan 3 Mei depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Azfahanim Rajaluddin manakala kesemua tertuduh termasuk Mael tidak diwakili peguam.
Topic Berkaitan
#Hafiszudin Mokhtar
#Mael
#penyanyi kumpulan rock
#Razali Shapie
#Syed Ismail Syed Ibrahim
#XPDC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan