awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belum keluar penjara, Sanjay Dutt bakal hadapi tuduhan baru

Gempak
Gempak
12/11/2014
02:30 MYT
Belum keluar penjara, Sanjay Dutt bakal hadapi tuduhan baru
Ekta Kapoor (kiri) menyaman Sanjay Dutt (kanan) atas alasan gagal melangsaikan hutang. - Foto Astro Gempak
Sudah jatuh ditimpa tangga, itu situasi yang dihadapi oleh pelakon dan penerbit terkenal Bollywood iaitu Sanjay Dutt. Belum lagi dibebaskan dari penjara akibat penglibatannya dengan kumpulan pengganas dan memiliki senjata api, aktor berusia 55 tahun bakal menghadapi tuduhan baru pula.
Penerbit filem terkenal di India, Ekta Kapoor telah mengambil keputusan untuk menuntut saman ke atas Sanjay di mahkamah selepas aktor tersebut dikatakan gagal untuk melangsaikan wang pinjaman bernilai jutaan ringgit untuk pembikinan sebuah filem tujuh tahun lalu.
Ekta menuntut wang sejumlah RM1 juta kepada aktor kelahiran Mumbai itu sejak enam tahun lalu namun masih gagal untuk dikembalikan sehingga kini.
Wang tersebut diberikan kepada Sanjay selepas mereka berdua bersetuju untuk bekerjasama menghasilkan sebuah filem dan modal besar dikeluarkan sebagai permulaan.
Namun tanpa sebarang sebab dan keterangan yang jelas, projek tersebut dibatalkan pada saat-saat akhir dan sehingga tahun2014 wang tersebut masih belum dibayar oleh Sanjay kepada Ekta.
Oleh kerana sudah terlalu lama dan Ekta mendakwa dirinya ditipu, dia nekad untuk membawa kes tersebut ke muka pengadilan walaupun Sanjay masih lagi belum dibebaskan dari penjara.
Sehingga kini, pihak Sanjay belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut dan Sanjay sendiri masih menunggu saat hukuman penjaranya berakhir tidak lama lagi. -- Astro Gempak
Topic Berkaitan
#Bollywood
#Ekta Kapoor
#India
#Sanjay Dutt
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan