SEJAK heboh trend cabaran membuka penutup botol atau ‘Bottle Challenge” warga net di seluruh dunia tidak melepaskan peluang menunjukkan aksi mereka.

Pelbagai cara dikongsi oleh netizen dalam usaha menyahut cabaran itu.

Tidak ketinggalan selebriti di seluruh dunia yang turut berkongsi cara mereka menyahut cabaran itu di laman sosial.

Ada pelbagai gaya dan aksi dilakukan untuk membuka tudung botol dengan gaya masing-masing walaupun asalnya kebanyakan yang bermain dalam cabaran itu menggunakan tendangan kaki mereka.

Dalam membuktikan kehebatan menerima cabaran itu, penyanyi pop ternama dunia, Mariah Carey melakukannya dengan cara yang sangat 'luar biasa'.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram memaparkan Mariah melatunkan suara nyaringnya sehingga tudung botol yang berada di hadapannya itu terpelanting.

Challenge accepted! #bottlecapchallenge

A post shared by Mariah Carey (@mariahcarey) on



Ramai juga peminatnya yang memberikan pelbagai komen mengenai video tersebut yang mana tudung botol tersebut seakan ditarik oleh sesuatu dan bukanlah tercabut disebabkan oleh jeritan suara ‘power’ penyanyi yang sangat terkenal dengan lagu Vision of Love itu.

Sejak memuat naik kira-kira 10 jam lalu di Instagramnya, video cabaran Carey itu telah ditonton oleh lebih 2.5 juta orang sementara hampiur 37,000 peminatnya pula menurunkan komen.

Barangkali Carey ingin bergurau sekali gus menambahkan kemeriahan Bottle Challenge yang kini menjadi fenomena di seluruh dunia.

BACA: Apa yang anda perlu tahu tentang trend viral "Bottle Cap Challenge"?