TIDAK menggunakan nama kumpulan V.E lagi bukan bermaksud Cham, Adeep Nahar, Hakim dan Fakhiz akan berpecah dan membawa haluan masing-masing.
Malah, Cham berkata mereka tidak akan pernah menghentikan perjuangan dan bakal tampil dengan nama kumpulan baharu memandangkan sudah merancang untuk mengeluarkan dua buah single.
“Kami berempat tetap akan berjalan terus ke hadapan, insya-Allah. Dan kami juga ada banyak perancangan bersama, yang pada asalnya memang nak terus dengan nama V.E.
“Tapi kami tak mahu ambil hak orang, jadi biarlah kami mengalah. Kami pun merancang untuk mengadakan showcase, siri jelajah malah single dengan menggunakan nama yang lain.
“Nama kumpulan itu kami akan umumkan kemudian,” katanya kepada Gempak.
Berkongsi mengenai lagu yang bakal dikeluarkan, Hakim memberitahu istimewanya salah satu single mereka nanti akan membabitkan kerjasama dengan rakan-rakan penyanyi R&B.
“Insya-Allah, satu dari dua single yang kami akan keluarkan tahun ini akan membabitkan rakan-rakan dari arena R&B juga. Tujuan kami buat sebegini, adalah memberi inspirasi pada generasi akan datang bahawa kumpulan seperti ini masih relevan.
“Sebab kita tengok sekarang jarang ada kumpulan seperti ini. Jadi sasaran kami berempat selepas ini lebih besar, dan isu kontroversi ini hanyalah sekadar gangguan. Ia tidak akan mematahkan semangat kami,” katanya.
Terdahulu, Adeep, Cham, Hakim dan Fakhiz mengumumkan mereka mengundurkan diri dari kumpulan V.E menerusi sebuah sidang media di di HMO Space di Petaling Jaya.
Ia berikutan anggota V.E iaitu Zaf meminta mereka menggunakan nama kumpulan lain jika mahu aktif dalam industri seni selepas menyertai Gegar Vaganza 9 (GV9).
Zaf memberi alasan Cham, Adeep, Hakim dan Fakriz bukanlah anggota asal kumpulan vokal berharmoni yang ditubuhkan sejak 1997 itu.
Sebaliknya, dakwa Zaf, V.E diasaskannya bersama Shah dan Lah kemudian Cham menyertai VE pada 2000 disusuli Damian Mikhail pada 2003. -- Gempak
Gempak
Fri Dec 09 2022

Terdahulu, Adeep, Cham, Hakim dan Fakhiz mengumumkan mereka mengundurkan diri dari kumpulan V.E menerusi sebuah sidang media. - Gempak

UCL 2023: Manchester City muncul juara, tundukkan Inter Milan
Inter Milan hampir menyamakan kedudukan pada minit-minit akhir apabila sepakan Romelu Lukaku diselamatkan oleh Ederson.

PAU2023: UMNO perlu bangkit jadi pilihan rakyat - Wan Rosdy
Wan Rosdy membangkitkan persoalan, adakah ahli UMNO dan BN gagal mempengaruhi keluarga dan saudara terdekat untuk menyokongnya.

Resepi para renang, olahraga boleh jadi inspirasi buat atlet normal - Hannah
Ia juga bertujuan melihat 'rahsia' kejayaan 50 emas, 38 perak dan 34 gangsa yang diraih kontinjen para negara untuk dikongsikan bersama MOM.

Belarus akan terima senjata nuklear pada Julai - Putin
Putin berkata persiapan di kemudahan berkaitan akan diselesaikan pada 7 dan 8 Julai sebelum pemindahan senjata nuklear dilaksanakan.

Kemudahan mesra OKU di Malaysia masih rendah - Nancy
Perbincangan bersama kementerian lain dan penelitian dasar OKU di luar negara akan dilakukan bagi memastikan peningkatan di negara ini.

PRN: PRM kenal pasti tiga calon berpotensi
Mereka ialah Teh Yee Cheu bagi kerusi DUN Air Putih, Lee Chui Wah (Tanjung Bungah) dan Abdul Ghani Haroon (Pantai Jerejak).

Perak pengeluar terbesar arowana pada 2022 - Jabatan Perikanan
Jumlah berkenaan adalah sebahagian besar daripada pengeluaran sebanyak 1,172,544 ekor arowana negara pada 2022.

Haqimi Azim digugur dari skuad kebangsaan atas faktor kesihatan
Pan Gon berkata, hasil pemantauan mendapati, tiada tanda positif Haqimi Azim dapat hadir menjalani kem latihan bersama rakan pasukan.

Ibu kepada pelajar 11A meninggal dunia
Tuan Faridah Tuan Ismail menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8.40 malam.

PM seru masyarakat beri tumpuan tingkat mutu pendidikan
Katanya, dengan berpandukan nilai serta akhlak, negara dapat melahirkan insan yang berilmu dan akademis kerana mengamalkan prinsip agama.

Beralah! Cham, Adeep, Hakim dan Fakhiz takkan guna nama V.E
Tidak menggunakan nama kumpulan V.E lagi bukan bermaksud Cham, Adeep Nahar, Hakim dan Fakhiz akan berpecah dan membawa haluan masing-masing.