“SELEPAS 11 minggu VE digunakan dalam GV9, dengan ini saya berpendirian lebih baik mereka bergerak ke hadapan untuk membina kerjaya mereka dengan nama yang baharu bukan VE,” tegas ahli asal kumpulan VE, Zaf yang tampil meminta agar kumpulan yang dibina atas nama VE di Gegar Vaganza kesembilan (GV9) tidak lagi menggunakan nama VE sebagai nama kumpulan mereka.
Kata Zaf atau nama penuhnya Zafri Nazarudin, keputusan itu diambil secara aman bagi menjaga hubungan silaturahim di masa akan datang.
“Saya sebagai orang yang menubuhkan kumpulan ini dari awal bertanggungjawab di atas nama kumpulan VE.
“Di sini saya mohon semua pihak menerima keputusan ini dan biarlah ia saling menghormati supaya hubungan silaturahim ini tidak menjadi keruh,” pohonnya.
VE tampil dalam GV9 sebelum ini dengan barisan baharu Cham, Adeep, Hakim serta Fakhiz.
Zaf mendedahkan, konflik dengan kumpulan VE sebelum ini tercetus selepas dia diminta untuk tidak mencampuri urusan mereka dalam GV9 sebelum pertandingan itu bermula.
“Saya akui ada berlaku salah faham sebelum GV9 berlangsung. Saya yang daripada awal menguruskan VE bersama produksi GV9 di Astro untuk menyertai program itu terkilan kerana tiba-tiba seperti disingkirkan.
“Malah saya tidak dibenarkan untuk mencampuri urusan mereka yang menyertai GV9. Saya hormati keputusan mereka. Jadi saya undurkan diri serta tidak memberi sebarang kenyataan mengenai status saya sebelum ini,” jelasnya.
Menurut Zaf, dia sudah memaklumkan kepada ahli kumpulan bahawa tidak dapat memberi komitmen ketika itu kerana urusan kerja dan bersetuju untuk Fakhiz menggantikannya buat sementara waktu di GV9.
“Malah keputusan awal sepatutnya meletakkan Fakhiz hanya sebagai ‘pemain simpanan’ sahaja kerana saya tidak dapat memberi komitmen dalam tempoh itu.
“Namun, saya dapat tahu dari media dia telah diserap masuk sebagai ahli baharu kumpulan itu tanpa persetujuan saya. Saya jadi bingung mengapa membelakangi saya?” soalnya.
Justeru, Zaf menjelaskan, sebagai ahli asal kumpulan VE meminta agar mereka membina nama kumpulan yang baharu.
“Saya tak akan benarkan mereka guna nama VE. VE is VE. Lagipun saya rasa mereka sudah dikenali dan orang akan terima mereka dengan lebih baik.
“Demi menjaga nama baik VE lebih baik mereka bergerak dengan nama baharu,” tegasnya lagi.
VE di GV9 memenangi tempat kelima dalam pertandingan akhir serta memenangani trofi dan hadiah wang tunai bernilai RM15,000. GV9 menobatkan Jaclyn Victor sebagai juara
* Artikel asal disiarkan di Gempak.
Gempak
Fri Dec 02 2022

Zaf (tengah) mendedahkan, konflik dengan kumpulan VE sebelum ini tercetus selepas dia diminta untuk tidak mencampuri urusan mereka dalam GV9 sebelum pertandingan itu bermula. - Gambar GEMPAK

Kampung Redang Panjang, Selama dilanda banjir kilat
Hujan lebat selama dua jam itu turut mengakibatkan air sungai melimpah ke jalan utama dan rumah berdekatan.

Cubaan Bunuh | Lelaki bersalah cuba bunuh Ratu Elizabeth dua tahun lalu
Seorang lelaki mengaku bersalah atas cubaan membunuh mendiang Ratu Elizabeth II, dua tahun lalu. Lelaki berkenaan dikenali sebagai Jaswant Singh Chail, 21 tahun ditangkap di Istana Windsor pada 25 December, 2021, ketika perayaan Hari Natal.

Pencemaran Udara | Bangkok, 42 wilayah lain catat Indeks Udara Tidak Sihat
Jerebu menyelubungi Bangkok dan 42 wilayah di Thailand pada Jumaat apabila skala PM2.5 direkodkan melebihi paras selamat iaitu 50 mikrogram setiap meter padu Wilayah yang terjejas termasuk Nonthaburi, Samut Prakan, Ayutthaya, Buriram, Chiang Mai, Chiang Rai dan Chon Buri.

Rusia-Ukraine | Ukraine bimbang kemungkinan serangan dari Belarus
Ukraine melahirkan kesangsian selepas pasukan tentera udara Rusia yang terlibat dalam latihan bersama tentera udara Belarus tidak kembali ke pangkalan tetapnya meskipun latihan itu telah tamat Rabu lalu. Latihan yang bermula 16 Januari itu mencetuskan kebimbangan Kyiv mengenai kemungkinan Moscow akan mendesak Minsk menyertai perang menentang Ukraine.

Krisis Rusia-Ukraine | EU bakal kenakan sekatan baharu terhadap Rusia
Kesatuan Eropah (EU) mengambil keputusan untuk mengenakan sekatan-sekatan baharu terhadap Rusia bermula 24 Februari 2023. Sekatan-sekatan itu merangkumi 10 tindakan antaranya mengenakan tambahan bagi harga siling buat produk-produk minyak keluaran Rusia.

Serangan | 21 maut dalam serangan di Sudan Selatan sebelum lawatan Pope
Sekurang-kurangnya 21 individu terbunuh dalam serangan bersenjata di Sudan Selatan sehari sebelum lawatan Pope Francis ke negara itu. Berdasarkan laporan media tempatan, mereka terbunuh dalam satu serbuan yang dilakukan individu bersenjata di ladang lembu di Kajo-Keji County di Equatoria tengah.

PRN Selangor | UMNO Selangor muktamadkan jumlah kerusi yang akan ditandingi
UMNO Selangor sudah pun memuktamadkan jumlah kerusi dan kawasan ingin ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung pada Jun ini, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din.

Tenaga Kerja | Malaysia fokus tangani kenaikan kos pekerja asing
Kerajaan sedang memberi fokus dan mengambil langkah yang serius dalam memastikan usaha untuk membawa masuk pekerja asing ke negara ini berjalan lancar. Menurut Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar, kerajaan juga melihat dan akan cuba menangani isu kos kenaikkan yang dikenakan oleh sebahagian agensi pekerjaan di beberapa negara sumber seperti Indonesia agar pekerja yang bakal memasuki di negara ini tidak terlalu dibebani oleh kos yang terlalu tinggi.

Terminal Laut Dalam | Tiada lesen diberikan
Ditanya mengenai projek Terminal Laut Dalam atau Deep Sea Terminal bersaiz 481.5 hektar di luar pantai Arai, Melaka, yang menimbulkan kebimbangan berhubung isu ekologi Loke mengesahkan pihaknya tidak memberikan lesen bagi projek berkenaan.

Isu LRT | Bukan sebab tiada pakar – Anthony Loke
Kementerian Pengangkutan menafikan dakwaan kekurangan pakar teknikal dalam kalangan anak tempatan jadi punca beberapa perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) sering rosak dan gagal diperbaiki. Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, kenyataan sedemikian tidak tepat dan dibuat secara umum, serta tidak mengambil kira punca sebenar masalah.

"Berhenti guna nama VE, cukuplah di GV9 sahaja" - Zaf
Pengasas kumpulan VE, Zaf dedah konflik yang tercetus sesama ahli VE sebelum GV9 bermula.