Benar, rezeki tak pernah salah alamat. Apatah lagi bagi mereka yang mengimpikan sesuatu dan berusaha keras demi memiliki impian. Tumpang gembira bila dapat tahu Ayda Jebat dan suami tercinta, Nabil Mahir kini pemilik sebuah banglo mewah! Bertuahnya Ayda dan Nabil, muda-muda lagi dah ada aset mewah.

Berkongsi berita gembira tersebut kepada peminat baru-baru ini, Ayda menerusi media sosial meluahkan rasa syukur atas rezeki yang dikurniakan kepadanya dan Nabil.

“Hadiah anniversary sampai lambat, tapi rezeki tak salah alamat. Alhamdulillah, alhamdulillah. All the hard work, our sacrifices, sleepless nights and struggles, downfalls, it all pays off.

Kerja siang malam ke pagi sampai tak mampu nak buka mata dah. Tapi muka still senyum depan camera, yang tahu je tahu. Congrats to you Nabil Mahir & me! Rezeki baby juga. Now, let’s get busy for our new house!”

Menerusi YouTube channel mereka berdua pula, Ayda memberitahu dia dan Nabil mengambil masa yang agak lama untuk mencari rumah yang menepati kehendak bersama. Selepas beberapa bulan dan meninjau puluhan rumah serta berjumpa beberapa ejen hartanah, akhirnya impian mereka dimakbulkan.

“Lama jugalah kami tunggu sebab PKP dan macam-macam cabaran. Tapi alhamdulillah kami dapat our dream house. Actually, kami cuba dapatkan rumah sebelum anniversary tapi terlewat sikit. Biarpun lewat tapi rezeki tak salah alamat.


"Ciri-ciri rumah yang dicari ada di rumah ini. Kalau boleh tak jauh dari rumah Nabil dan mama Ayda. Kami beli rumah ni, kerja puluh tahun baru dapat beli. Alhamdulillah. Berbaloilah tak tidur malam. We both kerja so hard dan our family doakan kami.”

Sebelum mendirikan rumah tangga bersama Nabil Mahir, Ayda pernah menghadiahkan sebuah rumah dua tingkat di kawasan eksklusif Eco Grandeur, Puncak Alam, Selangor untuk ibu tersayang sekitar November 2020. Patutlah rezeki Ayda Jebat melimpah ruah!


Aktres dan penyanyi ini sah bergelar isteri kepada Nabil Mahir pada 1 Januari 2021. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Ana Nayla yang lahir pada 21 September tahun lalu. Moga rumah tangga yang dibina terus kekal bahagia dan berkekalan hingga ke syurga.


Artikel asal di Nona