Big Stage: Masih ada yang 'play safe', Dayang Nurfaizah tanya untuk apa?

Asyraf Roslan
Ogos 31, 2020 00:27 MYT
Dayang Nurfaizah mahu setiap peserta menunjukkan kebolehan yang mereka ada sebelum terlambat. -Gambar fail
MESKIPUN sudah masuk minggu ketiga, namun dilihat sesetengah peserta program realiti hiburan Big Stage masih lagi play safe pada setiap persembahan yang dilakukan.
Mana tidaknya, masih ada lagi peserta yang mendapat markah rendah dan ada juga peserta yang tenggelam semasa berduet bersama dengan artis jemputan untuk minggu duominasi.
Juri tetap Big Stage, Dayang Nurfaizah berasakan setiap peserta seharusnya sudah menunjukkan kebolehan yang mereka ada sebelum terlambat.
"Sudah masuk minggu ketiga sepatutnya mereka ini dah tunjukkan kebolehan mereka, bukan pada minggu ketiga, namun semasa minggu pertama lagi mereka dah sepatutnya bagi.
"Nak tunggu apa lagi? Pertandingan ini bukan tempoh yang lama.
"Kalau terlalu simpan selepas tu tersingkir, awak juga yang rugi," katanya semasa sidang media Big Stage minggu ketiga yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, pada Ahad.
BACA: "Kalau boleh saya nak bagi kosong" - Komen Ajai kenapa kedekut markah
BACA: "Saya akui saya salah" - Ajai mohon maaf kepada Hafiz Zainal
Pada masa sama, Dayang turut menyatakan bahawa tidak salah untuk menyimpan apa yang mereka ada namun peserta perlu memastikan ia memberi sesuatu yang baik untuk ditonton kerana takut usaha itu hanya sia-sia.
Selepas Hanie Soraya, Amir Hasan menjadi peserta kedua tersingkir selepas mendapat markah rendah daripada juri menerusi persembahan duo bersama Sarah Suhairi dengan lagu Bicara Rasa.
#Big Stage 2020 #Dayang Nurfaizah #Dominasi BBNU Norma Baharu #duominasi #Juri Tetap Big Stage #play safe