awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Saya akui saya salah" - Ajai mohon maaf kepada Hafiz Zainal

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
23/08/2020
13:29 MYT
"Saya akui saya salah" - Ajai mohon maaf kepada Hafiz Zainal
Ajai memohon maaf kepada Hafiz Zainal secara langsung pada konsert kedua Big Stage.
Sejak minggu lepas, nama komposer dan juri tetap Big Stage, Ajai dan peserta program berkenaan, Hafiz Zainal menjadi tumpuan netizen gara-gara memberikan hanya dua markah kepada peserta tersebut.
Namun pada malam ini, pemilik nama Faizal Maas membuat kejutan dengan memohon maaf kepada Hafiz pada permulaan konsert secara langsung sebelum semua peserta membuat persembahan.
"Saya akui saya salah perkataan, mungkin itu prinsip saya apabila menjadi seorang juri dalam sesebuah pertandingan," katanya semasa siaran langsung konsert minggu kedua Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, pada Ahad.
Pada masa sama, Ajai menyatakan apa yang dilakukannya adalah bertujuan untuk melihat semua peserta Big Stage berjaya apabila keluar daripada program itu nanti.
Sebelum ini, Ajai dilihat agak kasar dalam penjurian minggu pertama apabila memberikan dua markah kepada peserta tersebut.
Selain Ajai, peserta Big Stage diadili oleh Faizal Tahir, dan Dayang Nurfaizah.
Topic Berkaitan
#Ajai
#BBNU
#Big Stage
#Hafiz Zainal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan