awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bintang Hollywood hilang tawaran berlakon kerana pro-Palestin

Bernama
Bernama
23/11/2023
09:04 MYT
Bintang Hollywood hilang tawaran berlakon kerana pro-Palestin
Agensi bakat Hollywood UTA menggugurkan Susan Sarandon (kanan), sementara Melissa Barrera (kiri) dipecat daripada membintangi filem Scream VII, susulan kenyataan 'pro-Palestin' mereka. - Foto AP
WASHINGTON: Agensi bakat Hollywood United Talent Agency (UTA) menggugurkan Susan Sarandon susulan kenyataan yang dibuat pelakon itu pada perhimpunan pro-Palestin di New York.
Selain itu Melissa Barrera juga dipecat daripada membintangi filem Scream VII, selepas berkongsi kenyataan pro-Palestin di media sosial, lapor Agensi Anadolu.
Seorang jurucakap UTA yang dipetik oleh beberapa media AS mengesahkan bahawa Sarandon digugurkan tetapi tidak mengulas lanjut.
Pemenang Oscar itu menghadiri beberapa perhimpunan pro-Palestin dan berdepan kritikan.
Pada perhimpunan yang diadakan di New York City pada 17 Nov lepas Sarandon berkata: "Terdapat ramai orang takut menjadi Yahudi pada masa ini dan merasai bagaimana rasanya menjadi seorang Muslim di negara ini."
Beliau bersama beberapa lagi bintang Hollywood, termasuk Joaquin Phoenix dan Cate Blanchett menggesa Presiden Amerika Syarikat Joe Biden melaksanakan gencatan senjata bagi menamatkan konflik di Gaza.
Semasa perhimpunan itu, Sarandon juga berkata kritikan terhadap Israel sepatutnya tidak dianggap sebagai "anti-Yahudi"
"Ada perkara yang sangat buruk berlaku di mana "anti-Yahudi" telah dikelirukan sebagai bersuara menentang Israel.
Barrera, 33, dipecat pada Selasa dari membintangi Scream VII oleh syarikat produksi, Spyglass, menurut laporan Variety.
Majalah itu memetik beberapa sumber syarikat yang mendakwa Barrera digugurkan kerana memuat naik hantaran di media sosialnya, termasuk merujuk Israel sebagai tanah yang "dijajah" dan mengatakan rejim itu mengawal media.
"Saya juga berasal dari negara yang dijajah. Palestin akan bebas.
"Media Barat hanya menunjukkan sisi lain (Israel). Mengapa mereka berbuat demikian, saya akan biarkan anda membuat kesimpulan sendiri.
"Tapisan adalah sangat benar. Rakyat Palestin tahu ini, mereka tahu dunia cuba menjadikan mereka tidak kelihatan selama beberapa dekad. Teruskan berkongsi," tulisnya di Instagram.
Spyglass mengeluarkan kenyataan mengenai penyingkiran Barrera dan menegaskan pendirian mereka jelas dan tiada sebarang keraguan.
"Kami tidak bertolak ansur terhadap hasutan kebencian dalam apa jua bentuk, termasuk rujukan palsu kepada pembunuhan beramai-ramai, pembersihan etnik, penyelewengan Holokus atau apa-apa yang secara terang-terangan melepasi batas kepada ucapan kebencian," menurutnya dalam satu kenyataan yang dipetik oleh beberapa media AS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bintang Hollywood
#Susan Sarandon
#Melissa Barrera
#United Talent Agency
#pro-Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan