Hampir dua jam wartawan Astro AWANI berada di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ((KLIA), namun belum ternampak kelibat kumpulan peminat Blackpink.

Sebelum ini, terdapat ura-ura yang mengatakan kumpulan peminat yang menggelarkan diri mereka sebagai Blinks itu akan berkumpul di KLIA untuk menyambut ketibaan artis kesayangan mereka.

Namun setakat pukul 7.45 malam, kelibat mereka belum kelihatan.

Blackpink dijangka tiba lewat malam ini untuk menjayakan konsert jelajah 2019 World Tour di Stadium Melawati, Shah Alam pada Sabtu dan Ahad.