Sudah lebih tiga dekad selepas kematiannya, namun Bob Marley sedia untuk mencipta sejarah sekali lagi.
Sebagai memperingati pemergian dan legasinya, keluarga ikon reggae itu mahu mengingati ulang tahun kelahirannya ke-70 pada 2015 dengan acara menghargai muziknya sepanjang tahun.
Menurut portal hiburan Rolling Stones, keluarga Marley memberikan keizinan kepada Universal Music Group untuk meneliti kesemua karya muzik dalam arkib khas mendiang yang tidak pernah diterbitkan sebelum ini untuk tujuan penerbitan semula, penghasilan video dan pembikinan album rakaman langsung baharu.
Projek pertama adalah cakera padat dan cakera video digital (CD/DVD) konsert Easy Skanking di Boston yang tidak pernah dikeluarkan sebelum ini. Ia dijangka berada di pasaran pada 10 Februari 2015.
Persembahan Bob Marley dalam konsert tersebut dirakam menggunakan kamera oleh seorang peminatnya. Sebagai satu-satunya kamera yang digunakan, jurukameranya terpaksa menukar gulungan pita filem sewaktu persembahan berlangsung.
Menurut Rolling Stones, meskipun audio album live itu lengkap, sela masa antara rakaman tersebut akan diisi dengan video animasi yang dihasil dan diarahkan oleh S77 dan Matt Reed, yang sebelum ini pernah menghasilkan video muzik Pearl Jam, Red Hot Chili Peppers dan Cee Lo Green.
Rakaman konsert Easy Skanking yang bertarikh 8 Jun 1978 itu berlangung di Boston Music Hall ketika ikon reggae itu dalam siri jelajah bagi album Kaya. Persembahan itu turut memuatkan beberapa lagu malar segar seperti “No Woman, No Cry,” “I Shot the Sheriff” dan “Get Up, Stand Up.”
Sepanjang tahun 2015, Universal juga bercadang untuk mengumumkan lebih banyak koleksi dan edisi khas LP Bob Marley yang paling popular, dengan material bonus yang belum pernah diperdengarkan.
Walaupun Bob Marley sudah tiada selama 34 tahun, namanya kekal sebagai salah seorang daripada tokoh penting dalam budaya muzik dan legasinya bakal dihidupkan semula.
Astro Awani
Wed Dec 24 2014
Sepanjang tahun 2015, Universal bercadang untuk mengumumkan lebih banyak koleksi dan edisi khas LP Bob Marley, dengan material bonus. - Gambar fail
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
Intan Najuwa selamat bersalin anak sulung, beri nama Imane Lunara
PELAKON Datin Intan Najuwa selamat melahirkan cahaya mata sulungnya dan memberi nama Imane Lunara.
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Cucu Bob Marley penyanyi reggae Jo Mersa meninggal dunia
Jo Mersa ditemui tidak sedarkan diri di dalam kereta sebelum disahkan meninggal dunia.
KLWBC2020: Filem sebagai teks perlawanan
Nasir Jani mengangkat KSJ sebagai naratif perlawanan menentang lanun cetak rompak serta naratif sindiran kepada pihak berkuasa.