awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bront Palarae tak berlakon drama tempatan?

Gempak
Gempak
12/09/2018
21:00 MYT
Bront Palarae tak berlakon drama tempatan?
Bront mengatakan dirinya lebih cenderung memilih sesuatu projek yang bermanfaat dari segi masa yang diluangkan.
PELAKON popular Bront Palarae, atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin, 39, menjelaskan dia tidak terlalu memilih tawaran berlakon yang diberikan kepadanya namun agak teliti dari segi kualiti dan impak kepada masyarakat.
Menerusi laporan HLive!, Bront mengatakan dirinya lebih cenderung memilih sesuatu projek yang bermanfaat dari segi masa yang diluangkan.
"Saya lebih suka memilih sesuatu projek atau tawaran lakonan yang berbaloi dari segi kualiti dan kesannya terhadap masyarakat di Malaysia, bukanlah terlalu memilih sehingga tak muncul dalam drama tempatan.
"Bukan itu sahaja, saya juga lebih selesa melibatkan diri jika projek tersebut benar-benar memberi manfaat dari segi masa yang saya luangkan," ujarnya.
Bront mula menjejakkan kaki di layar perak pada tahun 2000 dan lebih dikenali selepas kemunculannya dalam filem Lang Buana pada tahun 2003.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Topic Berkaitan
#Bront Palarae
#filem
#hiburan
#Malaysia
#pelakon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan