awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Global Sumud Flotilla hantar misi kemanusiaan terbesar ke Gaza pada 29 Mac
Adibah bawa agenda kerjasama pembacaan ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
NIOSH tawar 3,000 tempat kursus OSH-C percuma kepada PKS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BTS menang besar, 'Army' dah jangka kemenangan mereka

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
26/01/2018
07:56 MYT
BTS menang besar, 'Army' dah jangka kemenangan mereka
Dalam ucapan ketika menerima anugerah tersebut, Ketua kumpulan BTS, RM berterima kasih kepada peminatnya yang digelar Army atas sokongan yang diberikan. Foto: Tiwtter/@BTS_twt
Bangtan Boys atau lebih dikenali sebagai BTS memegang takhta sebagai ‘raja’ K-pop apabila memenangi anugerah utama Anugerah Muzik Seoul ke-27 pada Khamis.
Anugerah tersebut membuktikan lagi kebolehan kumpulan penyanyi lelaki ini.
Sebelum ini, mereka telah memenangi anugerah Mnet Muzik Asia pada November, anugerah Muzik Melon pada Desimber dan Anugerah Golden Disk pada 11 Januari, tahun ini.
Dalam ucapan ketika menerima anugerah tersebut, ketua kumpulan BTS, RM berterima kasih kepada peminatnya yang digelar 'Army' atas sokongan yang diberikan.
“Saya terlalu sukakan muzik dan saya mahu meluahkan rasa menerusi karya muzik. Saya juga merasakan keinginan ini yang juga dirasai oleh anggota kumpulan BTS.
“Kepada Army, saya tahu anda juga merasakan apa yang kami rasa. Mungkin anda mula meminati kami dengan hanya menonton video kami menyanyi atau mungkin anda merasakan kami melakukan persembahan yang bagus. Itu semua merupakan sebab mengapa kami di sini, pada waktu ini,” katanya seperti yang dipetik dalam laporan portal metro.co.uk.
BTS memenangi anugerah Bonsang, satu anugerah yang dikatakan sama taraf dengan anugerah Artis Tahunan yang diadili oleh para juri.
Dalam pada itu, peminat BTS seluruh dunia turut tumpang gembira dengan kemenangan kumpulan penyanyi lelaki itu.
Mereka mengucapkan tahniah atas kemenangan BTS menerusi laman media sosial Twitter.
Best leader of the century, an intellectual, a good music producer, the fashion king, a dynamic rapper, a soft hyung, an openminded being, pornesian parapio, my inspiration, the love of my life @BTS_twt, without him there no BTS #ThankYouNamjoon
— christine (@joonsintellect) January 26, 2018
Thank you very much, the world's best leadere will support you foreverYou deserve to be happy,honeyLove you@BTS_twt#ThankYouNamjoon pic.twitter.com/lH3e86y5iH
— A.R.M.YTS(@lisa101196) January 26, 2018
This SCREAMS happy family. My frozen heart has melted; years added onto my life; personal happiness guaranteed a href="https://twitter.com/hashtag/BTS?src=hash&ref_src=twsrc%5Etfw">#BTS #BestBoyBand #iHeartAwards @BTS_twt pic.twitter.com/UgcZ3UQuTa
— PenepeTourist Info Center (@dailyunnie) January 26, 2018
Thank you for all the kind and encouraging words. Thank you for always remembering the international ARMY and translating for us. Your beautiful smile has me weak. You deserve all the happiness. Stay healthy Namjoon-ah@BTS_twt#ThankYouNamjoon pic.twitter.com/YvZQ5hYVRB
— SAMRUDDHI (@isitsnakeu_) January 26, 2018
Topic Berkaitan
#BTS
#media sosial
#Twitter
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan