Bukan nak berlawan dengan artis luar, Siti Nurhaliza mahu angkat martabat seni tempatan

Siti akui gembira dapat merealisasikan idea dan perancangan yang tidak dapat dia lakukan pada konsert-konsert sebelum ini. - Gambar Gempak
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menegaskan penganjuran konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza bukan bertujuan untuk melawan atau mencipta sebarang rekod baharu sebaliknya ia sebagai bukti bahawa artis tempatan juga berupaya menganjurkan konsert berskala besar dan berkualiti tinggi.
Ringkasan AI
- Datuk Seri Siti Nurhaliza menegaskan bahawa konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza bukan untuk mencabar rekod, tetapi untuk membuktikan artis tempatan mampu menganjurkan konsert berskala besar dan berkualiti tinggi.
- Siti menegaskan bahawa matlamatnya bukan untuk bersaing dengan artis luar negara, tetapi untuk menunjukkan kemampuan artis tempatan dalam menganjurkan konsert berskala besar dengan ruang pentas yang luas.
- Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza dijadualkan pada 10 Januari 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan penyanyi jemputan seperti Noh Hujan, Umairah, Hafiz Suip, dan Cakra Khan.
“Cuma saya ingin membuktikan bahawa artis tempatan juga mampu menganjurkan konsert berskala besar seperti artis-artis antarabangsa. Kedudukan pentas kali ini juga membataskan kami untuk menjual tiket lebih banyak. Kalau dulu pentas di bahagian hujung, tetapi kali ini di bahagian tengah dan melintang. Jadi banyak ruang yang kita guna untuk pentas.
“Kalau saya buka lagi jualan tiket ibarat saya mencari masalah. Takut ada penonton yang tak nampak nanti, saya juga yang kena kecam netizen. Saya mahu semua penonton gembira dan dapat menonton persembahan saya dengan selesa,” katanya.
Mengulas mengenai konsert tersebut, Siti akui gembira dapat merealisasikan idea dan perancangan yang tidak dapat dia lakukan pada konsert-konsert sebelum ini.
“Banyak perkara yang saya ingin lakukan dalam sebuah konsert tetapi tidak dapat dilaksanakan dalam konsert-konsert saya sebelum ini. Jadi, saya gunakan kesempatan konsert kali ini untuk merealisasikan impian saya.
“Sebab itu saya mengharapkan peminat-peminat saya yang sudah mengikuti perjalanan karier seni saya selama 30 tahun ini akan datang menyaksikan konsert ini,” jelasnya.
konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 10 Januari 2026.
Bukan sahaja Siti, konsert ini juga menyaksikan kedatangan penyanyi jemputan seperti Noh Hujan, Umairah, Hafiz Suip dan Cakra Khan. - Gempak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


