KUALA LUMPUR:Seawal pagi ini, artis popular tanah air, Erra Fazira tidak menang tangan melayan panggilan dan mesej di telefon.
Sebilangan besar daripada pemanggil yang merupakan kaum keluarga, sahabat karib dan wartawan menghubunginya bagi mengucapkan tahniah di atas ‘pernikahan’ yang berlangsung hari ini.
Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek yang pada awalnya tergamam kerana menerima ucapan tahniah bertalu-talu itu akhirnya dimaklumkan khabar gembira itu berkaitan dengan seorang lagi wanita yang mempunyai nama serupa dengannya mengikat tali perkahwinan.
Kata penyanyi dan pelakon masyhur itu, sekalipun bukan dia yang bernikah, namun, berita gembira mengenai wanita lain yang kebetulan sama nama dengannya itu disambut dengan penuh kesyukuran.
“Ya Allah saya sibuk melayan panggilan ramai. Penat sebenarnya nak menjawab bukan saya yang menikah tapi ‘Érra Fazira’ lain. Lucu juga bila kenangkan semula,” katanya kepada Astro AWANI ketika dihubungi.
Erra yang pernah melonjak kemasyhuran menerusi filem Sembilu, Maria Mariana dan banyak lagi berkata demikian sebagai mengulas laporan berita seorang wanita bernama Erra Fazira melangsungkan pernikahan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pagi tadi.
Dalam masa sama, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakari memuat naik ucapan tahniah kepada Erra Fazira dan suaminya ketika mengadakan tinjauan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) majlis akad nikah oleh pihak berwajib.
BACA: Menteri Agama ucap tahniah kepada 'Erra Fazira', suami
Menurut Erra yang juga popular dengan lagu Yang Terindah Hanya Sementara itu, sebagai saudara muslim, dia secara peribadi mendoakan perkahwinan ‘Érra Fazira’ dan suaminya itu akan dirahmati oleh Allah SWT.
“Seperti orang lain saya juga sangat gembira bila mendengar berita pernikahan seperti ini. Nasihat saya, jalani kehidupan rumah tangga dengan penuh kegembiraan serta saling menghasihi antara satu sama lain.
“Semoga ‘Erra Fazira’ dan suaminya menjalani alam rumah tangga dengan rahmat Allah SWT,” ujar Erra, 46, yang juga ibu kepada seorang cahaya mata.
Saharudin Musthafa
Thu Nov 05 2020

Erra Fazira menyambut berita pernikahan 'Erra Fazira'dan suaminya dengan penuh kesyukuran. - Gambar fail Astro AWANI

Tindakan gantung Parlimen untuk halang suara rakyat dibahaskan - Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim tegaskan penggantungan sidang Parlimen susulan pengisytiharan darurat adalah cubaan menghalang suara rakyat dibahaskan.

Calon SPM positif COVID-19, pelajar MRSM Lipis dikuarantin
Kumpulan pelajar MRSM Lipis yang bakal mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bulan depan dikuarantin sejak semalam selepas seorang calon didapati positif COVID-19.

Proklamasi Darurat mampu pulih ekonomi adalah kenyataan bercanggah, mengelirukan - Anwar
Anwar berkata, tindakan itu bukan sahaja bercanggah, bahkan turut mengelirukan rakyat.

COVID-19: 203 positif di Sarawak, kes tertinggi setakat ini
dengan 203 kes positif COVID-19 di Sarawak hari ini, kes keseluruhan di negeri itu kini berjumlah 2,570 kes.

Minyak masak 1 kilogram dihadkan tiga unit setiap pelanggan - KPDNHEP
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengenakan peraturan itu berkuatkuasa 19 Januari lalu.

Penyataan mengenai Keperluan Rizab Berkanun
Fleksibiliti ini yang telah diumumkan pada 5 Mei 2020 kini terpakai sehingga 31 Mei 2021.

Tiga lagi hospital di Kedah dijadikan pusat rawatan COVID-19 - Exco
Hospital yang terlibat adalah Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, Hospital Kuala Nerang dan Hospital Kulim.

Anwar dakwa majoriti ahli Parlimen sudah utus surat rayu Agong batal darurat
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa majoriti ahli Parlimen sudah mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong bagi meminta perkenan baginda menggugurkan pengisytiharan darurat.

Pemimpin senior perlu berhenti politiking - Srikandi Muda
Pemimpin senior dalam politik perlu segera berhenti politiking dan segera membantu memutuskan rantaian pandemik COVID-19.

Cuepacs cadang wujud pasukan pemantau bebas KKM kaji masalah kemudahan kesihatan
Cuepacs mencadangkan KKM menubuhkan pasukan pemantau bebas di setiap negeri bagi menilai dan mengkaji setiap permasalahan yang berlaku di fasiliti atau kemudahan kesihatan dengan segera.

"Bukan saya yang kahwin" - Erra Fazira
Erra Fazira ucap tahiah kepada pasangan pengantin baharu 'Erra Fazira' dan suaminya.

Erra Fazira tidak campur hal rumah tangga Engku Emran
Erra tidak pernah bertanya lebih lanjut berita keruntuhan rumah tangga bekas suaminya, Engku Emran dengan pelakon ternama Indonesia, Laudya Cynthia Bella.

'Saya kenal Awie waktu saya remaja' - Erra Fazira
Pelakon dan penyanyi Erra Fazira akui tidak sabar untuk menantikan persembahan solo Datuk Awie di Konsert Romantika Awie pada 15 Februari ini.

Ubati rindu peminat, Erra Fazira hadir dengan 'Menangkah Cinta'
Mungkin ada peminat yang merindui untuk mendengar suaranya menghiasi industri seni suara.

"Tak ada tercuit mana-mana" - Erra komen gandingannya bersama Yusry (KRU)
Bekerjasama dengan bekas suami di pentas All Stars Buka Panggung, Erra Fazira sangat profesional.

#25tahunSembilu: Siapa sebenarnya Wati?
Di sebalik kegemilangan filem Sembilu yang ditayangkan 25 tahun lalu, identiti Wati telah dikaitkan dengan kisah benar.

#Sembilu25tahun: Kejayaan Sembilu ubah kehidupan Yusof Haslam
25 tahun lalu, kata Yusof Haslam, para penggiat filem berdepan cabaran besar dalam menarik minat penonton.

'5 tahun simpan hasrat akhirnya...' - Tunai haji bersendirian, Erra Fazira gementar
Erra memaklumkan dia turut melengkapkan diri dengan ilmu agama dengan menghadiri kelas dan bertanya kepada mereka yang pernah mengerjakan haji sebelum ini.

Erra Fazira bakal tunai haji, umum sudah putus dengan Shahir
Artis ternama Erra Fazira mengumumkan yang hubungannya dengan penyanyi yang juga juara Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir Zawawi sudah berakhir.

Program bual bicara Mingguan Wanita serba baharu, tampilkan lima pengacara
Program bual bicara Mingguan Wanita tampil serba baharu musim kedua di Astro Prima dan Prima HD, bermula Julai ini.