awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Agama ucap tahniah kepada 'Erra Fazira', suami

Astro Awani
Astro Awani
05/11/2020
04:05 MYT
Menteri Agama ucap tahniah kepada 'Erra Fazira', suami
Dr Zulkifli buat lawatan mengejut di majlis akad nikah dan sempat mengejutkan ramai apabila ucap tahniah kepada 'Erra Fazira'. - Facebook/Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
KUALA LUMPUR:Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin Erra Fazira dan suaminya.
Beliau menyampaikan ucapan itu kepada pasangan berkenaan yang melangsungkan pernikahan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pagi tadi.
Bagaimanapun, Erra Fazira yang dimaksudkan Dr Zulkfli bukanlah merujuk kepada artis popular tanah air itu.
"Nama kebetulan sama, namun bukan individu yang disangka. Saya pun mula-mula terkejut. Ingatkan pelakon filem Sembilu," katanya berseloroh.
Dr Zulkifli pagi ini membuat lawatan mengejut ke tapak majlis akad nikah di JAWI.
Lawatan mengejut itu bertujuan meninjau pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) pada majlis akad nikah oleh pihak berwajib.
"Alhamdulillah, saya amat berpuas hati dengan taklimat yang diberikan. Insya-Allah saya akan umumkan SOP akad nikah terbaharu bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan dalam masa terdekat," katanya dalam entri di laman sosial.
Topic Berkaitan
#Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
#SOP
#JAWI
#akad nikah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan