[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
ENTERTAINMENT

Celine Dion ucap selamat tinggal kepada suami melalui 'secret handshake'

Madiha Abdullah 23/01/2016 | 01:03 MYT
Dion tiba di majlis pengebumian Angelil bersama keluarganya. - REUTERS/Christinne Muschi
MAJLIS pengebumian suami kepada diva antarabangsa, Celine Dion, Rene Angelil, berlangsung pada Jumaat di Montreal, Kanada.
Sebagai suami dan pengurus kepada antara penyanyi paling berjaya di dunia, majlis pengebumian Angelil dihadiri bukan sahaja bintang muzik, tetapi juga ahli politik dan kenamaan di Kanada.
Majlis pengebumian itu disiarkan secara langsung menerusi sebuah stesen televisyen Kanada, selain turut mendapat liputan secara atas talian.
Dion tiba di Gereja Notre-Dame Basilica pada jam 3 petang, diiringi tiga anak lelakinya, René-Charles, 14 serta Eddy dan Nelson, 5.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ramai berkongsi perasaan sebak sewaktu Dion meletakkan kuntuman bunga teratai pada keranda Angelil, diakhiri dengan 'secret handshake' yang menjadi kebiasaan mereka.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Gereja tersebut merupakan lokasi perkahwinan mereka, 21 tahun yang lalu.
Kisah cinta Dion dan Angelil disifatkan ramai sebagai satu inspirasi kisah dongeng zaman moden, di mana Angelil menemui Dion yang berusia 12 tahun dan membantu menjadikannya antara bintang muzik paling ternama dan dihormati.
Mereka berkahwin pada tahun 1994, ketika Angelil berusia 51 tahun dan Dion 21 tahun.
Angelil meninggal dunia 14 Jan lalu akibat kanser kerongkong.
#Celine Dion #Rene Angelil