PROGRAM terbaharu Astro Ria, Karaoke Superstar akan membuka tirainya pada malam ini.
Bagi mereka yang sememangnya penggemar karaoke, nah! Rancangan ini memang sesuai dengan anda!
Karaoke Superstar akan mempersembahkan gelagat artis yang berganding bersama peminat bersaing untuk merebut gelaran juara.
Boleh bayang tak betapa 'havoc'nya episod tersebut nanti?
Menariknya kriteria lagu yang dipilih dalam program ini merupakan lagu-lagu popular selebriti tanah air dan juga antarabangsa yang sering menjadi pilihan para pengunjung pusat karaoke tau!
Antara keunikan dan cabaran buat selebriti dalam program ini adalah mereka bakal menyanyikan lagu-lagu yang belum pernah dinyanyikan di mana-mana platform dan merupakan lagu-lagu yang bergenre di luar keselesaan mereka.
Peminat dan penonton di rumah juga boleh menyanyi bersama menerusi paparan lirik tersebut yang juga boleh diakses dengan menekan butang sarikata di alat kawalan televisyen Astro masing-masing.
Sebelum bermula, kami kongsikan lima segmen best dalam Karaoke Superstar! Ready, guys ambil mood, okey.
#SUPERFANS
Menerusi pusingan ini, seorang peminat setia artis tersebut akan mewakili kumpulan mereka dan menyanyikan lagu popular artis tersebut dengan sebaiknya bagi mengumpul markah.
Pemilihan peminat tersebut adalah berdasarkan uji bakatnya sendiri bersama pihak produksi.
#KAROK UJI
Dalam pusingan kedua ini, artis tersebut perlu berduet dengan peminatnya yang dipilih secara cabutan nombor.
Lagu yang akan dinyanyikan oleh mereka akan dipilih oleh pihak lawan masing-masing.
#KUIZ KAROK STAR
Menerusi pusingan ketiga, artis tersebut perlu menjawab soalan-soalan survey popular dan memilih jawapan yang paling tepat dengan peminatnya yang dipilih secara cabutan nombor.
Peminat yang dipilih oleh artis tersebut akan dikenakan hukuman jika mereka mendapat markah terendah dalam kuiz tersebut.
#MIKROFON MISTERI
Pusingan keempat akan menjemput seorang artis popular yang akan datang sebagai kejutan bagi mewakili artis minggu tersebut.
Artis jemputan tersebut akan menyanyikan lagu popular artis pilihan mereka bagi membantu pertambahan markahnya.
Persona artis jemputan tersebut akan disembunyikan sehingga akhir persembahan dan artis minggu tersebut perlu meneka siapakah mereka.
#MESSY UP STAR
Dalam pusingan akhir ini, artis tersebut akan diuji dengan nyanyian lagu artis pihak lawan mereka secara mash up dalam gaya nyanyian mereka tersendiri.
Karaoke Superstar menampilkan juri tetap yang digelar sebagai ratu karok iaitu Erra Fazira dan Mas Idayu, selain itu seorang lagi juri jemputan akan hadir setiap minggu.
Para juri akan memberikan markah per seratus kepada mereka dengan pecahan markah vokal atau tempo (40%), persembahan (40%), personaliti (10%) dan bakat spontan mereka (10%) dalam setiap segmen untuk meraih gelaran pemenang pada minggu tersebut.
Tambah menarik, program ini juga menyerlahkan rasa dan suasana berkaraoke dengan memaparkan lirik lagu-lagu nyanyian artis-artis tersebut ketika membuat persembahan.
Seramai 20 orang selebriti bakal bertanding mempersembahkan kehebatan bakat nyanyian serta pengetahuan masing-masing bagi mengumpul markah sehingga akhir pertandingan untuk memenangi trofi emas Karaoke Superstar.
Para pemenang untuk setiap cabaran akan menerima sebuah trofi dan juara keseluruhan pula akan menerima piala pusingan juara Karaoke Superstar untuk minggu tersebut.
Antara artis yang terlibat adalah Zamani, Wany Hasrita, Tomok, Adira Suhaimi, Tajul, Amira Othman, Ezad Lazim, Ramlah Ram, Ameng Spring, Datin Alyah, Rahmat Mega, Ara Johari, Syamel, Liza Hanim, Muss, Amelina, Datuk Nash, Aina Abdul, Black Hanifah dan Jaclyn Victor.
Karaoke Superstar bersiaran bermula 5 Jun, setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, Karaoke Superstar boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro Go.
*Artikel asal disiarkan di Gempak
Gempak
Sun Jun 05 2022
Karaoke Superstar akan membuka tirainya malam ini. -Gempak
Imigresen tahan 49 warga asing tiada dokumen sah, tinggal lebih masa
Jabatan Imigresen Perlis menahan 49 warga asing yang dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini.
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
RM30 juta untuk pembangunan semula sekolah daif SK Tamu Darat - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan RM30 juta untuk membangunkan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Tamu Darat di sini yang merupakan antara sekolah daif di negeri ini.
Rasuah: Hukuman penjara bekas ketua balai polis diganti dengan denda RM10,000
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan ke atas bekas ketua balai polis bagi kesalahan menerima rasuah dan menggantikannya dengan denda RM10,000.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
AWANI Ringkas: Kes lelaki Israel miliki senjata api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saya masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk bangkitkan semangat parti - Tengku Zafrul
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih lagi setia bersama parti itu walaupun pernah mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
AWANI Tonight: How will Iran-Israel situation evolve after tit-for-tat attacks?
Iranian officials and media are playing down the Israeli attack on Isfahan, saying it was limited to three small drones. Analyst Jonathan Lord discusses the Iranian response as concerns grow over a possible war with Israel.
AWANI Tonight: India: voters head to polls in world's biggest election
India’s 2024 general election kicks of today with over 969 million eligible voters. Rahul Mishra from Jawaharlal Nehru University shares what to expect as voters head to polls in the world’s biggest election. India, election, Narendra Modi, Rahul Mishra
Cepat hafal lirik! Ini 5 segmen menarik Karaoke Superstar mulai malam ini
Karaoke Superstar akan mempersembahkan gelagat artis yang berganding bersama peminat bersaing untuk merebut gelaran juara.