awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ContentAsia Awards 2024: Astro raih sembilan anugerah

Astro Awani
Astro Awani
06/09/2024
10:30 MYT
ContentAsia Awards 2024: Astro raih sembilan anugerah
Karya terbitan Astro berjaya merangkul sembilan anugerah pada ContentAsia Award ke-5 di Taipei
KUALA LUMPUR: Karya terbitan Astro berjaya merangkul sembilan anugerah pada ContentAsia Award ke-5 di Taipei pada Khamis.
Pencapaian itu menggambarkan dedikasi Astro dalam menghasilkan program menarik dan pelbagai yang bukan sahaja menepati citarasa para penonton di Malaysia, tetapi di seluruh Asia.
Astro membawa pulang tiga anugerah Emas menerusi INNOVATHON untuk Program Realiti Original dan/atau Pertandingan Terbaik, Family Feud Malaysia untuk Adaptasi Format TV Terbaik (Tidak Berskrip) di Asia dan runut bunyi Ayuh, Polis Evo 3 untuk Lagu Original Terbaik untuk Siri TV/ Program atau Filem Asia.
Selain itu, Astro turut merangkul tiga anugerah Perak dan tiga Gangsa.
Anugerah Perak dimenangi menerusi Crush on You 2.0 (Program Realiti Original dan/atau Pertandingan Terbaik), The Mosque Kiblatku (Drama/ Siri Pendek Asia Terbaik) dan Fiza Thomas dalam siri “Mati Hidup Balik” (Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dalam Program/Siri TV).
Gangsa pula dimenangi menerusi Hype Hafiz (Drama/ Siri Pendek Asia Terbaik), Didi & Friends Kembara Muzikal (Program TV Kanak-kanak Terbaik Buatan Asia) dan Travel with Mommy (Program Hiburan Fakta Terbaik Dihasilkan untuk Pasaran Asia Tunggal).
Topic Berkaitan
#contentasia awards
#Astro
#anugerah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan