KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengambil pelbagai inisiatif bagi memastikan tiada penularan jangkitan COVID-19 melibatkan industri perfileman yang menjalankan penggambaran.
Sehubungan itu, Finas mengingatkan kepada semua Penyelia Protokol Penggambaran (PPP) yang dilantik syarikat produksi masing-masing untuk memastikan artis dan kru mematuhi garis panduan ditetapkan.
"Penguat kuasa Finas telah mengambil langkah proaktif bagi memantau aktiviti penggambaran filem di bawah Surat Perakuan Penggambaran Filem Khas (SPP Khas) di lokasi penggambaran bagi memastikan setiap syarikat produksi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) penggambaran digariskan Majlis Keselamatan Negara.
"Finas telah menyalurkan maklumat dan akan bekerjasama sepenuhnya dengan Kementerian Kesihatan bagi tindakan selanjutnya," kata badan itu dalam satu kenyataan hari ini.
Ia susulan terdapat isu tular di portal dan media sosial berhubung kes jangkitan COVID-19 melibatkan syarikat produksi di sebuah lokasi penggambaran.
Menurutnya, Unit Penguatkuasa Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan Finas telah membuka kertas siasatan berhubung perkara tersebut.
"Siasatan penuh akan dijalankan sebelum tindakan seterusnya diambil selaras dengan sistem perundangan negara," tambahnya.
Mengakui pihaknya memandang serius perkara itu, Finas berkata, ia sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam menyelesaikan isu yang berbangkit demi memastikan nama baik industri kreatif terpelihara.
Hafizi Rosli
Tue Oct 12 2021
Terdapat isu tular di portal dan media sosial berhubung kes jangkitan COVID-19 melibatkan syarikat produksi di sebuah lokasi penggambaran. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Anak MB Perlis, empat lain dilepas dengan jaminan SPRM
Anak lelaki Menteri Besar Perlis yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sejak Rabu, dilepaskan dengan jaminan SPRM, hari ini bersama empat individu lain.
Rasuah jenayah bersifat unik - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media.
Media arus perdana masih sumber paling dipercayai - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menasihatkan masyarakat tidak menjadikan berita di media sosial khususnya berkaitan siasatan dijalankan agensi penguatkuasaan sebagai sumber utama yang boleh dipercayai.
Mirzan, Mokhzani diberi lanjutan 30 hari oleh SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh lanjutan 30 hari bagi kedua-dua anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan aset masing-masing kepada pihaknya. Ini bermakna kedua-dua Tan Sri Mokhzani dan Mirzan perlu mengemukakan maklumat berkenaan aset yang dikumpul selama 43 tahun sejak tahun bapa mereka menjawat jawatan Perdana Menteri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Kren produksi filem tumbang timpa banglo 99 pintu
Sebuah kren yang dipercayai digunakan oleh produksi filem dilaporkan tumbang dan menimpa banglo 99 pintu yang terletak di Jalan Byram di sini, pada Jumaat.
Aktor Hong Kong Louis Koo terkejut trafik Kuala Lumpur terlampau sesak
Bintang tersebut berada di Malaysia untuk menjalani penggambaran filem terbarunya, Behind The Shadows.
Rajinikanth kunjungi PM, nyata hasrat masukkan perjuangan Anwar dalam filem
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan bintang mega India, Rajinikanth ke pejabatnya di Putrajaya.
Bakal berjauhan selama 3 bulan, Mira Filzah sediakan kelas aktiviti untuk anak
Demi menjayakan penggambaran sebuah filem lakonan terbaharunya berjudul Munajat Kekasih, pelakon Mira Filzah terpaksa berjauhan dengan anaknya, Wan Khair Amir selama 3 bulan.
Teo bidas kenyataan Wan Saiful minta Fahmi letak jawatan
Teo hari ini membidas kenyataan Wan Saiful yang mendesak Fahmi melepaskan jawatan susulan aksi biadab kumpulan The 1975 di hadapan peminat di Festival Good Vibes 2023.
'Diserang anxiety, badan lebam-lebam' - Daiyan Trisha berkorban demi Sumpahan Jerunei
Daiyan berkata, babak-babak yang dilakukannya agak ekstrem sehingga menyebabkan dia mengalami lebam-lebam, jangkitan pada telinga dan serangan anxiety.
Sumpahan Jerunei: 'Saya kena ikat bawah air yang dalam' - Uqasha cabar diri lakukan aksi lagak ngeri
Berkongsi cabaran dalam filem itu pula, terdapat banyak babak aksi lagak ngeri juga dilakukan Uqasha sendiri.
Tiada penggambaran video lucah berlaku di Sandakan - Polis
Polis Sandakan mengesahkan tiada sebarang kegiatan penggambaran filem lucah berlaku di daerah ini seperti yang didakwa menerusi sebuah video yang tular baru-baru ini.
Kehadiran pelakon India Selatan realiasikan hasrat Ipoh jadi pusat perusahaan filem
Difahamkan kru produksi sekitar 90 orang dari India itu akan melakukan penggambaran selama sebulan di Perak.
"Walau apa jadi sekalipun, raya nanti saya akan jumpa abang" - Syafiq Yusof
Pengarah dan adik kepada pelakon Syamsul Yusof, Syafiq Yusof merancang untuk menziarahi rumah abangnya seperti sediakala sempena kedatangan Syawal minggu hadapan.