awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hukuman denda RM7,000 terhadap bekas pemandu e-panggilan ugut anak Pastor Koh kekal
Lebih separuh projek kriptowang sejak 2021 telah berkubur
Perubahan struktur pendidikan bukan beban - Alimuddin Dom
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mark Zuckerberg tawar AS$300 juta kepada penyelidik AI pindah ke Meta

Amanz
Amanz
02/07/2025
05:45 MYT
Mark Zuckerberg tawar AS$300 juta kepada penyelidik AI pindah ke Meta
Mark Zuckerberg (foto) menawarkan sehingga AS$300 juta kepada penyelidik AI terbaik dunia untuk menyertai Meta. -Gambar fail/AP
SEMALAM Meta Superintelligence Labs (MSL) diumumkan secara rasmi oleh Meta dengan ia akan menjadi “otak” kepada pembangunan kecerdasan buatan (AI) masa depan syarikat milik Mark Zuckerberg.

Ringkasan AI
  • Meta telah melancarkan Meta Superintelligence Labs (MSL) sebagai pusat utama pembangunan AI masa depan syarikat, dengan Mark Zuckerberg menawarkan sehingga AS$300 juta kepada penyelidik AI terbaik dunia untuk menyertai Meta.
  • Tawaran ini menarik lebih 10 individu termasuk beberapa penyelidik utama dari OpenAI seperti pencipta bersama ChatGPT dan pembangun model GPT-4o serta GPT-4.5.
  • Persaingan antara Meta dan OpenAI semakin sengit, dengan OpenAI kini mengubah struktur ganjaran kakitangan untuk mengelakkan penghijrahan, manakala Sam Altman menyifatkan pendekatan Meta sebagai -askar upahan- berbanding -mubaligh- di OpenAI.

Hari ini Wired melaporkan Zuckerberg menawarkan sehingga $300 juta (~RM 1.26 bilion) kepada penyelidik AI terbaik dunia untuk berpindah ke Meta.
Lebih 10 individu dipercayai menerima tawaran keemasan ini dengan AS$300 juta ialah habuan yang diberikan dalam tempoh 4 tahun tetapi AS$100 juta akan diterima dalam tahun pertama.
Ini adalah selari dengan kenyataan diberikan Sam Altman yang mengatakan kakitangan OpenAI dipancing dengan imbuhan ratusan juta untuk berpindah ke Meta.
Antara penyelidik AI di OpenAI yang berpindah ialah Shengjia Zhao yang merupakan pencipta bersama ChatGPT.
Turut berjaya dipancing daripada OpenAI ialah pencipta model o3/o4-mini, GPT-4o, GPT-4.1, GPT-4.5, 4o-imagegen, GPT-4o voice mode dan o4-mini.
Sejak dari dahulu lagi Zuckerberg menggunakan habuan besar dan pembelian untuk merapatkan jurang dengan pesaing mereka.
Turut dilaporkan oleh Wired, Sam Altman mengeluarkan memo kepada kakitangan OpenAI mengatakan “mubaligh akan mengalahkan askar upahan” dalam persaingan AI.
OpenAI kini dalam proses mengubah struktur ganjaran diterima kakitangan bagi mengelakkan mereka berpindah ke syarikat lain. -Amanz
Topic Berkaitan
#Meta Superintelligence Labs
#Mark Zuckerberg
#pusat utama pembangunan AI
#OpenAI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan