Melodi lagu Bingo dan Mengantuknya Mumia sebelum ini bukan sahaja popular dalam kalangan kanak-kanak, tetapi juga orang dewasa ekoran beberapa kali viral di media sosial.
Terbaharu, siaran siri kanak-kanak popular, Didi & Friends, terbitan Digital Durian itu melancarkan lagu baharu berjudul ‘Jom Lawan Coronavirus’.
Dalam usaha menyahut saranan kerajaan menyeru rakyat untuk sentiasa mengamalkan langkah pencegahan, lagu dan video muzik itu menampilkan tiga langkah mudah untuk mencegah jangkitan virus COVID-19.
“Lagu berdurasi dua minit itu menyaksikan Didi, Nana dan Jojo serta rakan-rakan lain menari sambil menyanyi tentang pentingnya menjaga kebersihan dalam memerangi virus dan bakteria merbahaya,” kata kenyataan itu pada Rabu.
Lagu ciptaan bersama komposer terkenal, Omar K. itu boleh disaksikan menerusi pautan ini.
Dalam pada itu, versi Bahasa Inggeris berjudul ‘Fight Coronavirus’ pula boleh ditonton di pautan ini.
Kemaskini video muzik tersebut setakat ini mendapat lebih 240,000 tontonan.
Semoga lagu berunsur pendidikan ini dapat membantu para ibu bapa khususnya untuk mengajar anak-anak dengan lebih berkesan agar sentiasa mementingkan penjagaan kebersihan dalam usaha mengekang pandemik COVID-19!
Astro Awani
Wed Mar 25 2020
Siaran siri kanak-kanak popular, Didi & Friends, terbitan Digital Durian lancar lagu baharu berjudul Jom Lawan Coronavirus. - Gambar Astro CERIA
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Ladang Didi & Friends menanti peminat di pameran MAHA 2022
Ladang Didi & Friends di MAHA 2022 dijangka memberi pengalaman berbeza buat peminat siri animasi berkenaan.
Produk tenusu Summerfield, Didi & Friends promosi susu sebagai makanan sihat
Didi & Friends bersama produk tenusu, Summerfield akan mempromosikan susu sebagai makanan sihat kepada masyarakat terutamanya kepada kanak-kanak.
'Takkan Tak Tahu' Didi & Friends raih hampir 3 juta tontonan dalam masa seminggu
Animasi Didi & Friends hadir dengan sebuah lagu baharu berjudul Takkan Tak Tahu duet bersama dengan juara Big Stage musim pertama, Sarah Suhairi.
COVID-19: Lagu baharu Didi & Friends ajar langkah mudah cegah jangkitan
Terbaharu, siaran siri kanak-kanak popular, Didi & Friends, terbitan Digital Durian itu melancarkan lagu baharu berjudul Jom Lawan Coronavirus.
Didi & Friends rangkul anugerah 'Program Prasekolah Terbaik' di Asian Television Awards ke-24
Rancangan Didi & Friends telah berjaya memenagi anugerah 'Program Prasekolah Terbaik' di Asian Television Awards Ke-24 di Manila.
Cuti sekolah lebih menarik dengan pelbagai program di Astro
Sempena musim cuti sekolah ini, Astro akan menyajikan lebih 9,000 kandungan untuk anda tonton bersama dengan kelurga.
"Lagu tak payah cakap, memang dia dah hafal" - Anak Tomok peminat Tegar Didi & Friends
Penyanyi Tomok akui anak sulungnya Arrianshah Akid, 5, merupakan peminat tegar animasi kanak-kanak popular, Didi & Friends.
Siti Nurhaliza nyanyi lagu Didi & Friends pun sedap...
Selepas empat bulan dikuarantin, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin meluangkan masa ke studio untuk membuat rakaman lagu kanak-kanak siri animasi popular, Didi & Friends.
Cerita-Cerita Didi & Friends disiarkan bermula 14 Ogos ini
Istimewa sempena cuti sekolah bulan depan, Astro Ceria bersama Digital Durian bakal mempersembahkan siri animasi Cerita-Cerita Didi & Friends 39 episod bermula 14 Ogos ini.