HIBURAN
Dakwa sudah bertunang, Dayang Nurfaizah pilih kunci mulut

Ketika ditanya sama ada beliau sudah bersedia menamatkan zaman bujang, Dayang hanya meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya. -- Sinar Harian
PENYANYI Dayang Nurfaizah memilih untuk membiarkan semua pihak terus berteka-teki berhubung dakwaan bahawa beliau sudah mengikat tali pertunangan dan bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.
Ringkasan AI
- Dayang Nurfaizah memilih untuk tidak mengulas dakwaan pertunangan dan menafikan wujudnya tarikh majlis perkahwinan, sebaliknya meminta doa yang terbaik daripada orang ramai.
- Fokus Dayang kini tertumpu kepada dua persembahan eksklusif Janji With Dayang pada 23 Ogos di Pulau Pinang dan 27 September di Menara Kuala Lumpur, selepas lama tidak tampil dengan album penuh sejak 2017.
- Dayang terharu dengan sambutan peminat apabila tiket persembahan habis terjual dalam tempoh singkat, sambil mengekalkan suasana persembahan yang lebih santai dan mesra.
“Tarikh istimewa yang saya tahu ialah persembahan istimewa kerana saya sudah lama tidak tampil dengan album penuh.
“Kali terakhir adalah pada tahun 2017, jadi ini sangat eksklusif,” ujarnya ketika ditemui pada majlis sidang media persembahan Janji, pada Isnin.
Ketika ditanya sama ada beliau sudah bersedia menamatkan zaman bujang, pelantun lagu Di Pintu Syurga itu hanya meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya.
“Doakan yang terbaik untuk saya,” katanya ringkas.
Terdahulu, nama Dayang pernah dikaitkan dengan penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini, apabila timbul spekulasi bahawa mereka telah bertunang secara senyap.
Namun, Hael sebelum ini telah tampil menafikan dakwaan yang tular di media sosial itu.
Sementara itu, berkongsi keistimewaan Janji With Dayang, anak kelahiran Sarawak itu berkata, beliau memilih untuk mengadakan persembahan berskala sederhana bagi menghiburkan peminat dalam suasana lebih santai dan mesra.
Dayang turut meluahkan rasa terharu dengan sambutan hangat daripada peminat apabila tiket persembahan eksklusif tersebut habis dijual dalam tempoh singkat. -- Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami