Kekurangan dana tidak sepatutnya menjadi permasalahan utama dalam pelaksanaan silibus seni persembahan di peringkat sekolah.
Pengarah Pembangunan Perniagaan Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak), Jessica Lai May Kum berkata kerajaan sepatutnya memperuntukkan dana bagi persembahan seni di peringkat sekolah selain bidang sains dan teknologi.
"Saya amat terkejut bila dengar ayat kekurangan dana atau tiada dana. Dana boleh diperuntukkan untuk persembahan seni sebagai satu silibus di sekolah menerusi Kementerian Pendidikan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
"Malah, dana juga boleh diberi menerusi inisitif kerjasama awam swasta termasuk syarikat yang bekemampuan untuk menyalurkan dana terutama dengan kerjasama kerajaan sekaligus silibus persembahan seni di peringkat sekolah boleh di realisasikan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Tambah beliau, persembahan seni bukan sahaja berperanan untuk mencungkil bakat dan minat pelajar malah ia menjadi pemacu dalam pembinaan negara bangsa.
"Persembahan seni adalah satu elemen yang penting hari ini di mana seluruh dunia merupakan silibus tetap di sekolah, pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah sehinggakan persembahan seni menawarkan pengajian di peringkat ijazah dan sarjana.
"Kini kita sering sebut berkenaan pemikiran digital dan pemikiran kreatif. Persembahan seni adalah satu pemikiran aksi. Justeru kita perlu menitik beratkan kepentingan seni kerana seni boleh merapaktkan hubungan pelbagai bangsa selain menjadi alat pembinaan negara bangsa," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas temubual Eksklusif Astro AWANI menerusi segmen Sembang Seni bersama Pengasas dan Penerbit The Actors Studio KL, Datuk Faridah Merican dan Joe Hasham.
Beliau turut memberitahu, UniRazak bakal bekerjasama dengan The Actors Studio KL dalam memartabatkan lagi industri seni persembahan di negara ini.
Malah katanya, dia akan mengemukakan cadangan itu kepada kementerian terlibat bagi merealisasikan silibus persembahan seni di peringkat sekolah menjadi realiti.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Sep 14 2016
UniRazak bakal bekerjasama dengan The Actors Studio KL dalam memartabatkan lagi industri seni persembahan di negara ini. - Gambar hiasan
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
DUN Negeri Sembilan lulus Belanjawan 2024
DUN Negeri Sembilan hari ini meluluskan Belanjawan Negeri 2024 bertemakan 'Bersama Membina Negeri MADANI'.
Semenjak PKP kami tidak mampu bayar pekerja, pemiutang - Faridah Merican
Pembatalan persembahan menyaksikan mereka berdepan masalah kewangan yang kritikal apabila terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM700,000.
Anugerah Seni BOH Cameronian bakar semangat penggiat seni
Sebanyak 32 kategori dipertandingkan tahun ini, dengan produksi OlaBola The Musical menerima pencalonan terbanyak.
Lebih 4,000 tetamu tonton teater 'Encore Melaka'
Pementasan teater selama 70 minit itu diarahkan oleh pengarah teater terkenal dari China, Wang Chaoge itu melibatkan enam babak penceritaan.
Dana bukan masalah utama laksana silibus seni persembahan di sekolah
Persembahan seni bukan sahaja berperanan untuk mencungkil bakat dan minat pelajar malah ia menjadi pemacu dalam pembinaan negara bangsa.