awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LaLiga: Real Madrid pesta jaringan tanpa kelibat Kylian Mbappe
[TERKINI] RUU hadkan tempoh jawatan Perdana Menteri dibentang 19 Jan - PM Anwar
Menantu Hadi Awang didakwa sertai perhimpunan Kampung Sungai Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump, Modi mungkin bertemu di luar Sidang Kemuncak ASEAN - Laporan

Bernama
Bernama
03/10/2025
03:50 MYT
Trump, Modi mungkin bertemu di luar Sidang Kemuncak ASEAN - Laporan
Hubungan India dan Amerika Syarikat sememangnya melalui fasa sukar ketika ini, namun wujud keserasian yang baik antara Perdana Menteri Modi dan Presiden Trump. - Gambar fail Reuters
KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Perdana Menteri India, Narendra Modi dijangka mengadakan pertemuan di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang akan berlangsung di Kuala Lumpur akhir bulan ini.
Kedua-dua pemimpin itu telah dijemput untuk menghadiri sidang kemuncak itu.
Menurut saluran CNN-News18, kemungkinan kehadiran kedua-dua pemimpin itu telah mencetuskan spekulasi mengenai pertemuan dua hala antara AS dan India di luar sidang kemuncak yang dijadualkan pada 26 hingga 27 Okt itu.
Setakat ini, India masih belum mengesahkan rancangan lawatan rasmi Modi, manakala pihak AS juga belum mengeluarkan sebarang pengumuman rasmi mengenai rancangan Trump.
"Memandangkan jemputan ini telah disampaikan kepada kedua-dua negara, ia telah mencetuskan desas-desus mengenai kemungkinan kedua-dua pemimpin mengadakan pertemuan empat mata.
"Terdapat spekulasi bahawan pertemuan ini mungkin berlangsung di luar Sidang Kemuncak ASEAN di Malaysia.
"Jadi, ini akan menjadi peluang dan juga ruang terakhir bagi kedua-dua pemimpin bertemu pada tahun ini kerana selepas sidang kemuncak ini, tiada lagi sidang kemuncak pelbagai hala lain yang akan dihadiri kedua-dua pemimpin," menurut laporan itu.
Laporan itu turut mencadangkan bahawa kemungkinan pertemuan antara Trump dan Modi dapat memberi petunjuk mengenai hala tuju hubungan kedua-dua negara.
"Bagi rundingan perdagangan, mungkin kedua-dua negara tidak berada pada landasan yang sama tetapi kedua-duanya sedang berusaha mencari jalan penyelesaian.
"Hubungan kedua-dua negara sememangnya melalui fasa sukar ketika ini, namun wujud keserasian yang baik antara Perdana Menteri Modi dan Presiden Trump," menurut laporan itu.
Baru-baru ini, Menteri Hal Ehwal Luar India, S. Jaishankar telah bertemu dengan Setiausaha Negara AS, Marco Rubio di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), dengan rundingan perdagangan antara kedua-dua negara disambung semula selepas AS mengenakan tarif sebanyak 50 peratus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Donald Trump
#Narendra Modi
#Amerika Syarikat-India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan