Isnin ini bakal menjadi penamat buat drama bersiri Dendam Aurora yang disiarkan menerusi Slot Tiara di Astro Prima apabila sampai ke episod terakhirnya.

Drama mengenai cinta romantik dan pembalasan dibintangi Nabila Huda, Ungku Ismail Aziz, Anzalna Nasir, Shah Iskandar dan ramai lagi itu telah menjadi sensasi tempatan sepanjang 100 episod sejak bersiaran pada 25 Julai tempoh hari.

Buat pengikut drama ini dan penggemar drama amnya, jangan risau kerana Astro Prima sentiasa akan menyajikan kalian dengan drama-drama terbaik.

Apabila berakhirnya Dendam Aurora nanti, drama terbaharu bakal menyaksikan gandingan mantap Fasha Sandha, Zarul Husin serta Siti Elizad bakal membuatkan anda terpaku di hadapan televisyen menerusi Syurga Yang Kedua.

Ia merupakan sebuah adaptasi daripada sinetron popular Indonesia dengan tajuk yang hampir sama (Surga Yang Kedua) berkisarkan kisah hidup berpoligami dan memaparkan kisah konflik kesetiaan, pengorbanan, persahabatan, perkahwinan serta pengkhianatan demi mencapai kebahagiaan.

Isnin ini bakal menjadi penamat buat drama bersiri Dendam Aurora yang disiarkan menerusi Slot Tiara di Astro Prima apabila sampai ke episod terakhirnya.  Drama mengenai cinta romantik dan pembalasan dibintangi Nabila Huda, Ungku Ismail Aziz, Anzalna Nasir, Shah Iskandar dan ramai lagi itu telah menjadi sensasi tempatan sepanjang 100 episod sejak bersiaran pada 25 Julai tempoh hari.  Buat pengikut drama ini dan penggemar drama amnya, jangan risau kerana Astro Prima sentiasa akan menyajikan kalian dengan drama-drama terbaik.  Apabila berakhirnya Dendam Aurora nanti, drama terbaharu bakal menyaksikan gandingan mantap Fasha Sandha, Zarul Husin serta Siti Elizad bakal membuatkan anda terpaku di hadapan televisyen menerusi Syurga Yang Kedua.  Ia merupakan sebuah adaptasi daripada sinetron popular Indonesia dengan tajuk yang hampir sama (Surga Yang Kedua) berkisarkan kisah hidup berpoligami dan memaparkan kisah konflik kesetiaan, pengorbanan, persahabatan, perkahwinan serta pengkhianatan demi mencapai kebahagiaan.  “Ceritanya sama, cuma kelainannya adalah dari segi kreativiti cara cerita itu dikembangkan mengikut cara kita.  “Sinetron asal ada 286 episod, tetapi adaptasi versi Malaysia cuma ada 70 episod. Jadi ia agak menarik untuk lihat bagaimana ceritanya dipadatkan,” kata Pengurus saluran Astro Prima, Natasha Hashim ketika ditemui dalam acara Hari Drama bersama Prima di Sunway Putra Mall, di sini hari ini.  Acara itu turut menyaksikan sesi ramah mesra pelakon drama Dendam Aurora dan Syurga Yang Kedua, juga drama-drama lain yang disiarkan Astro antaranya Coffee Prince, Saka Sisters dan filem terbaharu terbitan Astro Shaw, Buskers.  Tambah Natasha, Astro berbesar hati dengan sambutan luar biasa orang ramai terhadap drama Dendam Aurora khususnya, dan berharap terus mendapat sambutan untuk siri seterusnya serta drama-drama yang lain.  “Ia sangat menakjubkan, anda boleh lihat hari ini di mana peminat dan pengikut drama sudah berada di sini sejak awal lagi.  “Malah, ada golongan peminat tegar yang menubuhkan kelab peminat untuk Dendam Aurora!”  Natasha turut memaklumkan, peminat drama Dendam Aurora boleh sekali lagi bertemu barisan pelakon drama tersebut dalam sesi tayangan episod terakhir di Sakura Kristal, Melawati dari jam 5 petang hingga 8 malam, Isnin ini.  Sedikit sinopsis Syurga Yang Kedua: Daniel dan Sabrina sudah lama berkahwin namun masih belum dikurniakan cahaya mata. Suatu hari ibu Daniel menyuruh Daniel berpoligami dan berkahwin dengan Doktor yang merawat ibunya iaitu Vivy.  Drama arahan Zamri Zakaria dan Bahri Umar ini turut membariskan Datuk Jalaluddin Hassan, Sherry Ibrahim, Azizah Mahzan, Beego, Dynas Mokhtar, Afifah Nasir dan ramai lagi.  Syurga Yang Kedua akan mula bersiaran Selasa ini (12 Disember), dan akan disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang di Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135).

“Ceritanya sama, cuma kelainannya adalah dari segi kreativiti cara cerita itu dikembangkan mengikut cara kita.

“Sinetron asal ada 286 episod, tetapi adaptasi versi Malaysia cuma ada 70 episod. Jadi ia agak menarik untuk lihat bagaimana ceritanya dipadatkan,” kata Pengurus saluran Astro Prima, Natasha Hashim ketika ditemui dalam acara Hari Drama bersama Prima di Sunway Putra Mall, di sini hari ini.

Acara itu turut menyaksikan sesi ramah mesra pelakon drama Dendam Aurora dan Syurga Yang Kedua, juga drama-drama lain yang disiarkan Astro antaranya My Coffee Prince, Saka Sisters dan filem terbaharu terbitan Astro Shaw, Buskers.

Tambah Natasha, Astro berbesar hati dengan sambutan luar biasa orang ramai terhadap drama Dendam Aurora khususnya, dan berharap terus mendapat sambutan untuk siri seterusnya serta drama-drama yang lain.

“Ia sangat menakjubkan, anda boleh lihat hari ini di mana peminat dan pengikut drama sudah berada di sini sejak awal lagi.

“Malah, ada golongan peminat tegar yang menubuhkan kelab peminat untuk Dendam Aurora!”

Natasha turut memaklumkan, peminat drama Dendam Aurora boleh sekali lagi bertemu barisan pelakon drama tersebut dalam sesi tayangan episod terakhir di Sakura Kristal, Melawati dari jam 5 petang hingga 8 malam, Isnin ini.

Sedikit sinopsis Syurga Yang Kedua: Daniel dan Sabrina sudah lama berkahwin namun masih belum dikurniakan cahaya mata. Suatu hari ibu Daniel menyuruh Daniel berpoligami dan berkahwin dengan Doktor yang merawat ibunya iaitu Vivy.

Drama arahan Zamri Zakaria dan Bahri Umar ini turut membariskan Datuk Jalaluddin Hassan, Sherry Ibrahim, Azizah Mahzan, Beego, Dynas Mokhtar, Afifah Nasir dan ramai lagi.

Syurga Yang Kedua akan mula bersiaran Selasa ini (12 Disember), dan akan disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang di Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135).