awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Datuk M. Nasir hidupkan semula lagu hampir dilupakan 'Nuri Terbang Malam'

Bernama
Bernama
06/01/2025
10:36 MYT
Datuk M. Nasir hidupkan semula lagu hampir dilupakan 'Nuri Terbang Malam'
M. Nasir berkata sebagai penggiat seni, beliau ingin membawa karya-karya dahulu kepada generasi baharu tanpa melupakan asal usul. - Youtube Luncai Emas Sdn Bhd
KUALA LUMPUR: Legenda muzik tanah air Datuk M. Nasir sekali lagi membuktikan kemampuannya dalam menghidupkan semula lagu yang hampir dilupakan, menerusi karya terbaharu beliau Nuri Terbang Malam, sebuah lagu klasik awal 1900-an.
Lagu asal nyanyian Qasim, seorang penyanyi Wayang Semarang dari Pulau Pinang itu, dipercayai lagu Melayu pertama yang pernah direkodkan pada piring hitam sekitar 1903 oleh sebuah syarikat rakaman antarabangsa dari United Kingdom, Gramophone Company.
Pengarah produksi Luncai Emas Sdn Bhd Keon Omar dalam kenyataan hari ini, berkata lagu Nuri Terbang Malam itu merupakan sebahagian daripada 100 buah lagu klasik popular yang diberi nafas baharu, iaitu projek kerjasama antara Luncai Emas dan World Business Affairs Sdn Bhd, diberi nama "100 Lagu 100 Tahun".
"Projek '100 Lagu 100 Tahun' ini adalah cetusan idea Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak dan komposer serta penerbit terkenal Dr Mohd Azhar Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Azmeer. Objektif projek ini adalah untuk menghimpunkan 100 lagu popular Melayu dari awal abad ke-20 dalam bentuk audio dan juga buku," katanya.
Menurut beliau lagi, projek juga bertujuan memperkenalkan semula karya klasik kepada khalayak moden sebagai penghormatan terhadap sejarah seni muzik tanah air.
Dalam kenyataan sama, M. Nasir berkata sebagai penggiat seni, beliau ingin membawa karya-karya dahulu kepada generasi baharu tanpa melupakan asal usul.
"Lagu ini adalah sebahagian daripada sejarah muzik kita, dan tugas kita adalah untuk mengabadikannya," katanya.
Lagu tersebut boleh didengar di semua saluran digital, antaranya YouTube, Spotify dan Apple Music bermula 3 Januari 2025.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#M Nasir
#nuri terbang malam
#lagu melayu
#lagu klasik
#100 Lagu 100 Tahun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan