David Bowie pernah rakam lagu dalam bahasa Indonesia

Nizam Bakeri
Januari 12, 2016 03:10 MYT
Bowie turut aktif dalam di layar perak dengan beberapa penampilan yang diingati menerusi filem seperti Ziggy Stardust and the Spiders from Mars, The Man Who Fell to Earth, dan The Prestige.
Berita pemergian David Bowie setelah 18 bulan bertarung dengan kanser Ahad lalu benar-benar diratapi industri muzik terutama sekali para peminatnya.
Salah satu album penting dalam diskografi Bowie ialah Black Tie White Noise yang diterbitkan pada tahun 1993.
Album ini dikatakan kembali menjulang nama Bowie selepas beberapa albumnya sebelum itu tidak mendapat sambutan hangat.
Paling menarik, album tersebut turut diterbitkan dalam edisi Indonesia.
Edisi tersebut memuatkan lagu Don’t Let Me Down & Down yang telah diterjemah ke bahasa Indonesia dengan judul Jangan Susahkan Hatiku.
Penulisan lirik tersebut dibantu oleh gitaris Indonesia, Setiawan Djody yang juga merupakan sahabat Bowie.
BACA: 11 fakta tentang lagenda muzik, David Bowie
VIDEO: Lagenda muzik David Bowie meninggal dunia
FOTO: David Bowie dalam kenangan
Setiawan yang juga merupakan pemilik syarikat konglomerat Setdco dikatakan individu yang bertanggungjawab menggalakkan Bowie merakam versi tersebut.
Antara bait lirik dalam lagu berkenaan ialah:
Masih kusimpan cintaku padamu
Tak ada tempat sembunyi
Tak ada kata tunggu
Dengarkan lagu Jangan Susahkan Aku di sini:
#David Bowie meninggal dunia #Jangan Susahkan Hatiku #Kini Trending