BARU-BARU ini, aktres jelita Diana Danielle berkongsi akan berjumpa pakar kesihatan mental pada tarikh hari lahirnya, 22 November lalu.
Perkara itu dimaklumkan menerusi akaun Twitter miliknya ekoran mengesyaki dia mungkin mengalami masalah kesihatan mental dari segi tumpuan (ADD atau ADHD).
Bagaimanapun menurut Diana, dia terpaksa menunda tarikh janji temu tersebut pada 29 November ini kerana sibuk meraikan sambutan hari lahir anak bongsunya, Nur Aurora.
"Disebabkan saya terpaksa tukarkan sambutan hari lahir anak saya ke tarikh hari lahir saya pada 22 November baru-baru ini, saya tak boleh berjumpa doktor pada hari berkenaan.
"Hari lahir anak saya pada 19 November tapi kawan-kawan dia tak boleh datang hari itu.
"Bagaimanapun, saya akan pergi membuat penilaian dengan pakar psikiatri pada 29 haribulan ini," katanya kepada Gempak.
Diana berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran platform wayang dalam talian, Film Wallet Premium On Demand di pusat beli belah Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya pada Khamis.
Kata Diana, orang ramai harus mempunyai kesedaran diri yang tinggi mengenai kesihatan mental.
"Perkara macam ini, kita kena ada kesedaran diri, saya tahu ramai orang sebenarnya takut nak jujur dengan diri sendiri, tanda-tanda ADHD ini bukanlah susah untuk kita kenal, ramai yang ada tapi mereka tak tahu.
"Saya suka baca tentang perkara ini, jadi saya terdedah dengan fakta-fakta yang saya boleh guna dan kaitkan dengan diri saya.
"Saya syak tentang perkara ini sejak saya remaja lagi, tapi ambil masa yang lama untuk jujur dengan diri sendiri," katanya lagi.
Mengulas lanjut tentang simptom yang dialami, Diana sering mengalami gangguan tumpuan dan mudah beralih dari satu perbuatan ke yang lain selain selalu kehilangan barang miliknya.
Justeru, Diana ingin membuat pemeriksaan lanjut bukan sahaja untuk dirinya, tapi demi anak-anak tersayang.
"Saya memang alami masalah fokus yang lari atau berubah-ubah, saya mahu buat satu perkara kemudian beralih kepada perkara lain, jadi saya kesian kepada anak-anak saya.
"Antara simptom yang saya alami, kadang-kadang saya alami masalah memori, mudah kehilangan barang yang saya miliki dan macam-macam lagi.
"Kiranya saya ke depan mahu membuat pemeriksaan ini bukan untuk diri saya semata-mata, semangat itu datang dari anak-anak saya kerana saya mahu menumpukan perhatian yang penuh kepada mereka.
"Macam manapun, ADHD ini bukanlah tak boleh dirawat, ada cara untuk merawatnya dan saya pun tak terlalu risau mengenainya," jelasnya.
Tambah isteri kepada aktor Farid Kamil itu, dia masih menyimpan harapan yang sebenarnya dia tidak menghidap ADHD.
"Kalau boleh saya harap saya tak mengalami ADHD, sekarang saya tak kata saya mengalaminya kerana belum disahkan oleh doktor, apa yang saya boleh cakap, saya rasa saya mungkin mengalaminya.
"Jadi, harap-harap 29 November ini doktor cakap saya tak mengalami ADHD dan hanya tak cukup tidur, tapi kalau saya mengalaminya pun saya takkan salahkan diri sendiri dan terima sahaja," katanya menutup bicara.
*Artikel asal di Gempak
Gempak
Sat Nov 27 2021
Diana ingin membuat pemeriksaan lanjut bukan sahaja untuk dirinya, tapi demi anak-anak tersayang. -Gempak
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Perikatan Komuniti Selamat seru tindakan segera tangani isu kesihatan mental di sekolah
Perikatan Komuniti Selamat gesa Kementerian Pendidikan ambil tindakan segera tangani isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah menengah.
Perikatan Komuniti Selamat seru tindakan segera tangani isu kesihatan mental di sekolah
Peningkatan kes kesihatan mental dan kejadian bunuh diri memperlihatkan keseriusan masalah dialami pelajar akibat beban akademik.
Putera MIC cadang kerajaan peruntuk lebih dana bagi perkhidmatan kesihatan mental
Ia perlu, antara lain bagi penyediaan lebih banyak pusat kesihatan mental berasaskan komuniti yang mudah diakses dengan kos berpatutan.
Masalah kesihatan mental pelajar, mahasiswa meningkat dua kali ganda - KKM
Laporan Tinjauan Kesihatan Morbiditi Kebangsaan menunjukkan peningkatan itu daripada 7.9 peratus pada 2019 kepada 16.5 peratus (2023).
Kesihatan mental: Ibu bapa, guru, pelajar perlu peka, kesan tanda awal kecenderungan bunuh diri
Kes kematian remaja termasuk pelajar sekolah sejak kebelakangan ini amat membimbangkan.
Umat Islam dinasihat elak pertelingkahan soal aliran,manhaj - Zulkifli
Umat Islam di negara ini dinasihatkan supaya mengelak daripada bertelingkah sesama sendiri dalam berhujah mengenai perbezaan aliran mahupun manhaj.
Stigma sosial halang individu dapatkan rawatan kesihatan mental
Golongan muda atau pelajar universiti sedar akan kewujudan perkhidmatan kaunseling tetapi enggan dapatkan rawatan.
Nahas pelajar UiTM: Pemandu wanita masih di Hospital Permai
Mahkamah Majistret diberitahu wanita yang didakwa atas tiga pertuduhan melanggar empat pelajar UiTM Dungun, Oktober lalu masih lagi berada di Hospital Permai.
Astro lancar inisiatif AI menerusi siri Project EXIT, sokong keterlibatan positif di media sosial
Astro, menerusi siri terbaharu Astro Originals, Project EXIT, memperkenalkan inisiatif terkini menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
KBS sasar tambah bilangan pakar psikologi sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhasrat untuk menambah bilangan pakar psikologi sukan dalam usaha membantu persediaan atlet menghadapi Sukan Olimpik dan Paralimpik 2028 di Los Angeles.