awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

‘Diam’ nyanyian Hael Husaini menang anugerah Lagu Tema Terbaik di Asian Academy Creative Awards 2024

Gempak
Gempak
05/12/2024
05:00 MYT
‘Diam’ nyanyian Hael Husaini menang anugerah Lagu Tema Terbaik di Asian Academy Creative Awards 2024
Berita gembira tersebut dikongsikan oleh Hael sendiri menerusi satu kemas kini di Instagramnya. - Gempak
LAGU ‘Diam’ nyanyian penyanyi, Hael Husaini berjaya merangkul anugerah Lagu Tema Terbaik di Asian Academy Creative Awards 2024.
Berita gembira tersebut dikongsikan oleh Hael sendiri menerusi satu kemas kini di Instagramnya pada Rabu.
Menerusi hantaran tersebut Hael menzahirkan rasa syukur atas kemenangan tersebut.
"Malaysia We did it! Alhamdulillah," kata Hael ringkas.
Diam merupakan ciptaan Hael Husaini dan Iqie Hugh berjaya mengenepikan pencalonan lain yang turut bersaing dalam kategori sama antaranya The Lover's Waltz (Albert Chau), Poda (Jhanu Chanthar) dan Nothing Impossible (Ian Axel & Chad Vaccarino).
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan selebriti mengucapkan tahniah kepada penyanyi dan komposer berbakat besar itu.
Sekadar info, lagu Diam merupakan runut bunyi untuk drama bersiri My Famous Ex-Boyfriend yang dibintangi Nadhir Nasar, Qasrina Karim, dan Hael Husaini.
Lagu Diam merupakan salah sebuah lagu yang terkandung di dalam album sulung Hael Husaini iaitu ‘Antonim Part I’ dan sehingga kini jumlah tontonan muzik videonya sudah melebih 2.1 juta tontonan di saluran YouTube Hael Husaini.
Asian Academy Creative Awards merupakan platform yang mengiktiraf karya kreatif terbaik dari seluruh Asia dalam pelbagai kategori, termasuk drama, lem, dokumentari dan muzik tema. -- Gempak
Topic Berkaitan
#lagu Diam
#menang anugerah
#Hael Husaini
#Lagu Tema Terbaik
#Asian Academy Creative Awards 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan