awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: Strategi promosi perlu fokus kumpulan sasaran - Ahmad Zahid
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Anwar nafi sebarang kaitan dengan kes Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Diarahkan keluar dari rumah sewa, Uji Rashid mohon rumah PPR

Gempak
Gempak
15/03/2018
03:16 MYT
Diarahkan keluar dari rumah sewa, Uji Rashid mohon rumah PPR
Penyanyi veteran, Uji Rashid mohon rumah PPR selepas dihalau dari rumah sewa - Foto Instagram/mynohomar
Bintang veteran terkenal, Uji Rashid diminta keluar dari rumah sewanya di Ampang, Kuala Lumpur dalam masa terdekat.
Berita sedih tersebut dikongsi oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar menerusi sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya, @mynohomar.
“Sempat berbual dengan penyanyi veteren yang banyak berjasa dalam industri muzik tanah air Uji Rashid yang datang ke pejabat saya tadi.
“Beliau ada memohon rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) sebelum ini dan saya diberi maklum beliau akan diminta keluar dari rumah sewa di Ampang dalam masa terdekat atas sebab yang sangat menyedihkan.
“Memandangkan permohonan menepati syarat, saya beri kelulusan khas untuk beliau dan keluarga dapat mendiami PPR dengan segera.
“Semoga bantuan ini dapat meringankan beban dan memberi sinar baru dalam kehidupan Uji Rashid sekeluarga,” tulis Noh.
BACA: Farouk Hussain ajak peminat, rakan artis doakan Hail Amir kembali sihat
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Semakin Hari Semakin Sayang itu hadir ke pejabat Noh bagi memohon bantuan rumah PPR.
Turut hadir bersama Uji ke pejabat tersebut adalah anaknya, Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin atau Cico serta cucunya.
Teks oleh: Kamaruddin Razal Foto: Instagram Noh
Sempat berbual dengan penyanyi veteren yang banyak berjasa dalam industri muzik tanah air Uji Rashid yang datang ke pejabat saya tadi. Beliau ada memohon rumah PPR sebelum ini dan saya diberi maklum beliau diminta keluar dari rumah sewa di Ampang dalam masa terdekat atas sebab yang sangat menyedihkan. Memandangkan permohonan menepati syarat, saya beri kelulusan khas untuk beliau dan keluarga dapat mendiami PPR dengan segera. Semoga bantuan ini dapat meringankan beban dan memberi sinar baru dalam kehidupan Uji Rashid sekeluarga.
A post shared by Noh Omar (@mynohomar) on
Mar 14, 2018 at 4:26am PDT
Topic Berkaitan
#Cico
#Instagram
#Kuala Lumpur
#Noh Omar
#PPR
#Uji Rashid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan