awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dikritik nyanyi 'tidak kesampaian', Ning Baizura hargai kata-kata semangat daripada Siti Nurhaliza

Gempak
Gempak
13/08/2022
04:00 MYT
Dikritik nyanyi 'tidak kesampaian', Ning Baizura hargai kata-kata semangat daripada Siti Nurhaliza
Ning mengukir senyum saat bertemu Siti Nurhaliza dan mengucapkan terima kasih kepadanya. - Gempak/TikTok
PENYANYI Ning Baizura menyampaikan ucapan terima kasih kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza di atas kata-kata semangat yang diberikan kepadanya baru-baru ini.
Menerusi video yang dimuat di laman TikTok, Ning yang mengenakan baju berwarna gold mengukir senyum di bibir saat bertemu Siti dan mengucapkan terima kasih kepadanya.
“Hai, assalamualaikum, tengoklah saya dengan siapa sekarang, Datuk Siti Nurhaliza dengan saya.
“Terima kasih Datuk kerana memberi kata-kata semangat yang baik-baik untuk saya,” kata Ning kepada Siti.
Terdahulu, pelantun lagu "Purnama Merindu" itu menzahirkan kata-kata positif buat Ning ekoran video tular nyanyian Ning yang ‘tidak kesampaian’ ketika membawakan lagu "Awan Yang Terpilu" di sebuah kelab.
Sementara itu, Siti yang terlihat sama dalam video yang dikongsi Ning berkata dia juga pernah mengalami situasi yang sama dengan penyanyi bersuara soprano itu.
“Kita sama sahaja dan saya tahu apa yang terjadi, kita sama-sama pernah alami,” ujar Siti.
Dalam pada itu, di ruangan kapsyen Ning menjelaskan hanya penggiat seni muzik yang masih relevan akan memahami situasi yang berdepan dirinya.
“Masyallah hanya orang yang faham akan faham! Hanya mereka yang masih relevan dalam industri muzik akan mengerti.
"Terima kasih Datuk,” tulis Ning.
Sehingga artikel ini ditulis, video yang dikongsi Ning telah menerima 90,000 tontonan. - Gempak
Topic Berkaitan
#Siti Nurhaliza
#Ning Baizura
#Awan Yang Terpilu
#dikritik nyanyi tidak kesampaian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan