Disney tangguh tayangan filem Black Widow, The Eternals

Asyraf Roslan
September 24, 2020 00:00 MYT
Black Widow dijadual ditayangkan pada 7 Mei 2021 selepas ditangguhkan buat kali kedua. -Foto Marvel Entertainment
PEMINAT adiwira Black Widow harap bersabar. Filem terbitan Disney dengan kerjasama Marvel itu sekali lagi ditangguhkan tarikh tayangan.
Filem superhero wanita yang dijadualkan tayangan pada 6 November tahun ini ditangguhkan ke tahun hadapan berikutan penularan wabak COVID-19 yang masih menular.
Ini merupakan kali kedua filem lakonan Scarlett Johansson itu ditangguhkan. Kali ini tarikhnya ditetapkan pada 7 Mei 2021.
Selain Black Widow, filem Marvel yang turut terima tempias sama ialah The Eternals dan juga filem adiwira Asia pertama iaitu Shang Chi And The Legend Of The Ten Rings
Menurut pelakon The Eternals, Kumail Nanjiani, Marvel telah buat keputusan bijak menangguhkan tayangan filem berkenaan.
BACA : COVID-19: Tayangan filem 'Black Widow' ditangguhkan
BACA : Rindu dengan Black Widow? Dia kini kembali
"Marvel telah membuat satu keputusan yang bijak, kita masih dalam fasa pandemik, tiada yang lebih penting daripada kesihatan dan kehidupan.
"Saya tak boleh minta peminat pergi menonton wayang sehingga saya sendiri rasa ia selamat," katanya di akuan media sosial.
Filem "The Eternals" lakonan Kit Harington, Ma Dong-Seok,Gemma Chan dan Angelina Jolie akan ditayangkan pada 5 November 2021.

Eternals delayed to Nov 5, 2021. Marvel made the right & responsible decision. Theres a pandemic. Nothing is more important than health & lives. I cant tell ppl to go to a movie theater until I feel safe going to one. Take care of yourselves. I promise itll be worth the wait!

— Kumail Nanjiani (@kumailn) September 23, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Black Widow #COVID-19 #Disney #kesihatan #Marvel #pandemik #Scarlett Johansson #Shang Chi And The Legend Of The Ten Rings #The Eternals