awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dituduh homoseksual, Ezzul Kebab Kraze tampil buat penjelasan

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
27/04/2023
16:07 MYT
Dituduh homoseksual, Ezzul Kebab Kraze tampil buat penjelasan
Ezzul dan Adib merasakan apa yang dikatakan oleh netizen agak melucukan kerana bagi mereka berdua apa yang dilakukan bersama biasa sahaja namun sering disalah ertikan. - Gambar Astro AWANI.
BARU-BARU ini tular sebuah video yang mendakwa bahawa usahawan muda, Ezzul Ezdihar seorang homoseksual gara-gara videonya minum air sambil jari kelingkingnya ternaik.
Gara-gara video tersebut, ada sesetengah netizen yang menuduhnya seorang gayah.
Tidak membuang masa, Ezzul terus tampil membuat kenyataan untuk menjelaskan mengenai perkara tersebut.
“Ramai yang kata saya gay sebab video jari kelingking naik masa pengang straw dan sebab rapat sangat dengan Adib, aku tak gay.
“Saya single bukan sebab saya gay tapi sebab saya busy kerja, saya buat penjelasan ini sebab tak nak jodoh saya lari, yang lain biarlah orang nak kata apa, saya tak boleh tutup mulut orang,” katanya kepada Astro AWANI.
Pemilik jenama Kebab Kraze ini juga menafikan bahawa dia mempunyai aplikasi cari jodoh hubungan sejenis.
Menurutnya mungkin ada mereka yang tidak bertanggungjawab cuba menggunakan gambarnya tanpa kebenaran.
Pada masa sama, keakraban hubungan Ezzul dan Adib dilihat sangat jelas sejak mereka berdua tular sehingga ada yang mengatakan bahawa Ezzul cuba menumpang populariti usahawan Banana Dibs itu.
Namun bagi tuan empunya badan, dia sendiri tidak kisah dikatakan cuba menumpang populariti Adib.
“Kami tiada kompetisi antara satu sama lain, siapa dapat lebih kita support, siapa yang kurang pun kita support.
“Tapi kalau ada yang kata saya tumpang populariti Adib, ya betul memang saya tumpang pun, saya bangga saya tumpang populariti Adib (sambil tawa).
“Biarlah orang nak cakap apa, mulut orang ni kita tak boleh nak tutup tapi apa yang penting kami sentiasa menyokong antara satu sama lain,” katanya.
BACA: Adib syukur rezeki tular, belum rancang buat open house
Dengan tuduhan yang dilemparkan kepadanya tidak sedikit pun menjejaskan hubungan baik Ezzul dan Adib.
Mereka berdua merasakan perkara ini agak melucukan kerana bagi mereka berdua apa yang dilakukan bersama biasa sahaja namun sering disalahertikan oleh netizen.
View this post on Instagram
A post shared by Ezzul Ezdihar (@ezzul_ezdihar)
Topic Berkaitan
#Ezzul Ezdihar
#Kebab Kraze
#Adib Aidil
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan