awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dokumentari kisah legenda Marvel, Stan Lee akan dikeluarkan pada 2023

Astro Awani
Astro Awani
30/12/2022
23:00 MYT
Dokumentari kisah legenda Marvel, Stan Lee akan dikeluarkan pada 2023
Stan Lee meninggal dunia pada 12 November, 2018, akibat kegagalan jantung kongestif, sebulan sebelum hari kelahirannya yang ke-96. - Foto AP
HOLLYWOOD: Disney+ telah mengumumkan pada hari Khamis, bahawa sebuah filem dokumentari akan dikeluarkan berdasarkan Stan Lee sempena ulang tahun kelahiran mendiang legenda Marvel tersebut yang ke-100.
Dokumentari itu, yang berjudul 'Stan Lee', akan mengisahkan tentang kehidupan, kerjaya dan legasi penulis buku komik ikonik tersebut dan akan dikeluarkan secara eksklusif melalui perkhidmatan penstriman dalam talian Disney+ pada tahun 2023.
Marvel Entertainment, yang merupakan anak syarikat di bawah Disney, telah mengeluarkan sebuah teaser untuk dokumentari itu di Twitter yang bertulis, "100 tahun bermimpi, 100 tahun mencipta, 100 tahun Stan Lee, 'Stan Lee' sebuah dokumentari asli akan disiar pada tahun 2023, di Disney+".
100 years of dreaming. 100 years of creating. 100 years of Stan Lee. Stan Lee, an Original documentary, is streaming 2023 on @DisneyPlus. pic.twitter.com/2ufWu77vB8
— Marvel Entertainment (@Marvel) December 28, 2022
Lee yang merupakan pencipta bagi watak-watak adiwira seperti Spider-Man’, ‘Black Panther’, ‘The Incredible Hulk’, ‘X-Men’, Iron Man dan ‘The Avengers’, terkenal antara peminat- peminat filem Marvel kerana sering membuat kemunculan khas dalam hampir setiap filem Marvel yang dikeluarkan dalam Marvel Cinematic Universe.
Beliau meninggal dunia pada 12 November, 2018, akibat kegagalan jantung kongestif, sebulan sebelum hari kelahirannya yang ke-96.
Topic Berkaitan
#Disney
#Stan Lee
#marvel entertainment
#filem dokumentari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan