“Ya, saya ada terbaca laporan akhbar mengenai syarikat pengurusan Wire Fame Entertainment (WFE) yang bakal menyaman saya. Seriously…saya sangat terkejut,” demikian jawapan pelakon Emma Maembong apabila ditanya mengenai tindakan saman yang bakal dikenakan terhadap dirinya WFE seperti yang dilaporkan sebuah akhbar baru-baru ini.
Di dalam laporan akhbar itu ada menyebut Emma bakal disaman syarikat pengurusannya kerana didakwa telah melanggar kontrak apabila menerima tawaran berlakon telefilem "Bintang Hati" tanpa pengetahuan WFE.
Mengulas tentang kenyataan tersebut, kekasih kepada Zizan Razak ini memberitahu dia tidak mengetahui punca sebenar mengapa WFE mengenakan tindakan tersebut kepadanya.
“Pihak pengurusan ada berjumpa dengan saya dan memberitahu tentang kontrak saya tamat pada Mac 2014. Tetapi memandangkan kontrak saya sebagai duta untuk beberapa jenama masih berbaki tiga bulan, mereka kata saya masih di bawah pengurusan WFE.
“Selepas itu mereka cadangkan saya untuk uruskan sendiri kerjaya lakonan saya, sementara urusan sebagai duta produk mereka yang uruskan sehingga kontrak saya dengan produk-produk tersebut tamat.
“Perbincangan tersebut dibuat secara lisan (mulut ke mulut) sahaja. Sebab itulah apabila pihak produksi telefon dan tawar saya berlakon, saya buat keputusan sendiri dan menjalani penggambaran sepanjang Mei ini.
“Saya ada bertanya kepada pihak produksi dari mana dapat nombor saya, mereka kata pengurusan saya yang bagi...So, maknanya memang mereka mahu saya uruskan sendiri kerjaya lakonan saya kan?
“Kenapa pula sekarang cerita jadi lain? Tiba-tiba dakwa saya langgar kontrak?,” jelasnya ketika ditemui pada majlis perlantikannya sebagai duta Per'l, bertempat di hotel Majestic, Kuala Lumpur, pada Khamis.
Kata Emma, dia terkilan dengan tindakan WFE menghantar notis beberapa minggu lalu dan memaklumkan kontraknya telah ditamatkan.
“Saya kurang jelas dengan notis tersebut. Saya bercadang mahu berjumpa pihak pengurusan dan bertanya pada mereka apa sebenarnya salah saya, tetapi masih belum berkesempatan,” ujarnya.
Dalam pada itu Emma turut mengakui tidak bersedia untuk berdepan dengan tindakan saman daripada WFE kerana tiada apa yang perlu dilawankan.
Emma juga berharap agar perkara tersebut dapat diselesaikan dengan cara baik sebelum melangkah keluar dari syarikat yang telah berjasa menaikkan nama dan popularitinya.
“Saya saya WFE sebab kerjaya saya bermula dari situ. Mereka sudah seperti keluarga saya, cuma pelik mengapa sekarang cerita jadi lain. Silap saya juga kerana selepas ‘perbicangan mulut ke mulut’ tempoh hari, saya tak minta black and white.
“Saya percayakan mereka kerana dulu kata susah senang bersama, we’re sisters. Di Instagram pula siap hashtag #matisamasama kononnya…Sekarang? Hashtag dah bertukar #foreveralone,” bidas Emma sinis.
Gempak
Sat May 31 2014
Emma Maembong: Saya tidak mengetahui punca sebenar mengapa WFE mengenakan tindakan saman
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
[TERKINI] Bendera terbalik, Lee Zii Jia melakukan kesilapan kritikal
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata biarpun pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, telah memohon maaf, tetapi kesilapan memakai jersi memaparkan bendera Malaysia secara terbalik, sebagai kesilapan kritikal.
JIM Selangor gempur kawasan setinggan warga asing
Jabatan Imigresen (JIM) Selangor menahan 49 warga asing yang didapati melakukan pelbagai kesalahan berkaitan imigresen selepas menyerbu sebuah kawasan setinggan di Taman Ayer Hitam awal pagi tadi.
Zahid tidak terima sebarang makluman daripada Tengku Zafrul
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Saintis muda tonggak sains iklim - Nik Nazmi
Penglibatan saintis Malaysia dalam sains iklim global amat penting untuk memperkukuh pengaruh negara dalam dasar antarabangsa, menurut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau menegaskan bahawa penyertaan aktif Malaysia dalam proses Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (I-P-C-C) perlu diperkasakan, terutama ketika negara berdepan kesan perubahan iklim yang semakin serius.
Beliau menegaskan bahawa penyertaan aktif Malaysia dalam proses Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (I-P-C-C) perlu diperkasakan, terutama ketika negara berdepan kesan perubahan iklim yang semakin serius.
1,342 kes denggi, dua kematian direkod minggu lalu - KKM
Sebanyak 1,342 kes demam denggi dan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-49 (ME49) berbanding 1,249 kes dan tiada kematian pada minggu sebelumnya.
Papagomo dibebaskan dengan jaminan polis selepas beri keterangan
Papagomo ditahan 1.30 pagi semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes memanipulasi nama sebuah syarikat untuk mengutip dana daripada orang awam.
Banjir: Pakai jubah di PPS ambil 'vibes' konvokesyen
"Saya pakai jubah di pusat pemindahan sementara (PPS) untuk merasai 'vibes' konvokesyen," kata mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Durratul Alia Mohd Kamil, 24, yang terjejas banjir.
Planworth tawar pembiayaan alternatif hingga RM20 juta sokong PMKS
Pembiayaan ditawarkan kepada mereka yang mendapat tawaran kontrak atau sebut harga dari kerajaan, GLC dan syarikat swasta.
AWANI Ringkas: Beregu campuran negara mara ke final
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Apa kesudahan 'Takdir Itu Milik Aku'? Jom layan dua episod akhir malam ini
Takdir Itu Milik Aku lakonan mantap Shaheizy Sam dan Emma Maembong itu bakal membakar adrenalin penonton menerusi episod akhirnya nanti.
Emma Maembong doakan perkahwinan ketiga Shikin, Cat Farish jadi yang terakhir
Kata Emma, kebahagian terpancar pada wajah kakaknya sejak bersama bakal suaminya itu.
Cat Farish bakal disatukan dengan Shikin Maembong
Penyanyi dan komposer Cat Farish berkongsi berita gembira bakal disatukan dengan Shikin Maembong dalam masa terdekat.
Shakil Aryan Shah nama bayi Emma Maembong
Shakil Aryan Shah Nama Bayi Emma Maembong, Comel Reaksi Shariq Pertama Kali Jumpa Adik
Emma Maembong selamat lahirkan anak kedua
Pelakon Emma Maembong selamat melahirkan bayi lelaki keduanya yang berat 3.4 kilogram secara normal di sebuah pusat perubatan pada Rabu.
Hari kesembilan kuarantin COVID-19, Emma Maembong masih tiada deria rasa dan bau
Umum mengetahui, pelakon terkenal, Emma Maembong dan suaminya, Muhammad Shazli Azhar disahkan positif COVID-19 dan sedang menjalani proses kuarantin wajib di kediaman mereka.
Emma Maembong dan suami positif COVID-19
Namun, anak pasangan ini, Shariq Gabriel yang berusia tiga bulan, tidak dijangkiti virus berkenaan.
Sekali lafaz, Aiman Hakim dan Zahirah MacWilson sah bergelar suami isteri
Nampaknya bukan Emma Maembong sahaja yang memilih tarikh untuk mendirikan rumahtangga pada tanggal 20 Februari 2020!
Emma Maembong kini bergelar isteri kepada juruterbang
Pernikahan Emma dan Muhammad Shazli diadakan secara tertutup di sebuah premis di Bukit Damansara, di sini, sekitar pukul 12 tengah hari.
Alvin Chong percaya Emma Maembong mampu hadapi dugaan
Bagus la kawan macam ni ..